Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN KHAS: MENDEKATI GOLONGAN MUDA

Program aLIVE bina asas bagi golongan 5-20 tahun

Jan 23, 2022 | 05:30 AM



PROGRAM aLIVE, yang ditawarkan kepada kanak-kanak dan remaja berusia antara lima dengan 20 tahun, merupakan kurikulum Pendidikan Islam yang relevan, progresif dan interaktif, disusun oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Ia ditawarkan di 37 masjid setempat dan akan disatukan di bawah Pejabat Pengurusan dan Hab Pembelajaran Islam (Ilham) dalam masa beberapa tahun akan datang.



Menurut laman Islamic Education Muis, aLIVE, akronim bagi Pembelajaran Nilai Islam Setiap Hari, bertujuan membentuk anak-anak soleh/solehah yang dipupuk dengan takwa dan akhlak yang baik, berilmu agama Islam, menjadi Muslim yang beramal, dan menunjukkan sikap prihatin.



aLIVE menawarkan program empat peringkat bagi memastikan kanak-kanak dan remaja mendapat pendidikan agama yang berterusan.



Peringkat-peringkat itu adalah:



  • Kids aLIVE bagi kanak-kanak berusia antara lima dengan lapan tahun.

Ia mengajar pengenalan kepada Islam. Pelajar didedahkan kepada asas-asas agama, khususnya soal aqidah yang akan menjadi tunjang keyakinan mereka sejak kecil lagi.



  • Tweens aLIVE bagi kanak-kanak antara sembilan dengan 12 tahun.

Program ini memperkukuh pengetahuan agama pelajar daripada program sebelumnya. Pelajar dibimbing memahami dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, agar mereka bersedia menghadapi cabaran kehidupan menjelang usia remaja.



  • Teens aLIVE bagi remaja antara 13 dengan 16 tahun.

Program ini memperkasa nilai-nilai Islam dan terus menambah pengetahuan sedia ada pelajar tentang Islam. Ia juga menyediakan platform untuk pelajar membincangkan perspektif Islam mengenai isu-isu seperti identiti, hiburan, perhubungan dan bidang berkaitan lain yang berkaitan dengan remaja.



  • Youth aLIVE bagi remaja antara 17 dengan 20 tahun.

Program ini menyediakan pelbagai modul untuk belia dengan latar belakang dan minat yang berbeza. Ia juga memberi peluang kepada golongan muda yang mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang minimum atau tidak ada pendidikan Islam secara formal "mempelajari apa yang mereka tertinggal" melalui 'Siri Ulang Kaji' atau "Revisit Series".



aLIVE juga menawarkan program yang dipanggil Kids aLIVE Home Edition (KAHE) atau Edisi Kids aLIVE Di Rumah.



Program ini bertujuan menjadikan pendidikan Islam berasaskan pengalaman lebih mudah diakses oleh ibu bapa dan orang awam.



Program pembelajaran percuma ini mengandungi satu set aktiviti dan bahan untuk menyokong ibu bapa dalam membimbing anak-anak mereka mempelajari Islam di rumah.



Mulai tahun ini, Ilham akan menguruskan 15 pusat di serata negara dengan 562 kelas dan hampir 10,000 pelajar dan tenaga pengajar lebih 200 asatizah.



Bilangan pelajar yang mendaftar bagi program aLIVE di 15 pusat itu juga meningkat, dengan 89 peratus tempat kini telah diisi.



"Masjid bersatu dengan Ilham dan Muis untuk memberi sokongan kepada satu sama lain bagi memastikan Pendidikan Islam yang berkualiti tinggi diterima oleh kanak-kanak.



"Dalam tahun-tahun akan datang, kami berharap untuk mempunyai semua madrasah masjid berfungsi dalam model yang serupa di bawah pengurusan Ilham. Dan kami berharap dapat melihat objektif bersatu di bawah projek pemusatan ini mencapai hasil yang diinginkan," kata Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen.



Ilham ditubuhkan dua tahun lalu oleh Muis bagi menguruskan dan memusatkan operasi program aLIVE di masjid-masjid di sini.



Ia menyediakan pembangunan kandungan dalam pendidikan Islam yang progresif bagi program aLIVE yang disesuaikan kepada kumpulan usia berbeza.



Selain pembangunan kandungan, Ilham juga bertujuan memastikan asatizah yang mengajar dalam program aLIVE menerima latihan yang mencukupi dan disokong dalam kerjaya mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >