Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN SIDANG JAWATANKUASA HAK ISTIMEWA PARLIMEN

Pritam: Tidak banyak kesan pada polis kerana dakwaan Raeesah tidak dibuktikan

Dec 13, 2021 | 05:30 AM



KETUA Parti Pekerja (WP) dan Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, memberitahu Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP) bahawa kenyataan palsu dibuat oleh bekas Anggota Parlimen (AP) GRC Sengkang, Cik Raeesah Khan, terhadap mangsa serangan seksual tidak memudaratkan polis.



Walaupun Cik Reesah memberitahu Parlimen pada 3 Ogos bahawa polis telah menyalah urus kes mangsa seksual secara tidak sensitif dan membuatkannya menangis, Encik Pritam menyatakan Cik Raeesah tidak dapat membuktikan dakwaannya.



Oleh itu, beliau tidak bersetuju kenyataan palsu mempunyai kesan negatif terhadap kerja-kerja dilakukan polis.



Encik Pritam memberikan keterangan itu Jumaat lalu selepas Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, yang juga antara anggota COP, menyarankan pembohongan Cik Raeesah adalah lebih serius memandangkan ia menjejas kerja-kerja polis.



Cik Raeesah sebelum ini memberitahu polis bahawa beliau menemani seorang mangsa penderaan seksual ke balas polis untuk membuat laporan dan mendakwa mangsa itu menangis selepas polis menanyakan mengenai cara pakaian beliau dan sama ada beliau meminum arak.



Cik Raeesah kemudian mengakui telah berbohong dan tidak pernah menemani mangsa ke balai polis.



Sebaliknya, beliau mendengar cerita itu di sebuah kumpulan sokongan.



Dalam perdebatan ringkas tetapi tegang itu, Encik Tong menanyakan Encik Pritam jika ia adalah 'okey' untuk pembohongan dilakukan di Parlimen berhubung 'reaksi buruk' polis mengenai aduan mangsa penderaan seksual.



Encik Pritam menekankan bahawa Cik Raeesah telah disoal tetapi tidak dapat memberikan bukti dakwaannya.



"Polis bukan sebuah pertubuhan lemah (broken-back)...Saya bersungguh-sungguh dan ikhlas yakin jika anda bercakap dengan pegawai polis kanan, beliau akan memberitahu dalam siasatan yang dilakukan terdapat beberapa situasi apabila soalan yang diberikan kepada saksi tidak selesa baginya.''



Encik Tong kemudian menyatakan bahawa satu kesalahan telah dilakukan terhadap polis ketika itu kerana masa telah terbuang dengan polis terpaksa 'mengejar selama tiga bulan' untuk mencari lebih banyak maklumat mengenai kes ditimbulkan Cik Raeesah.



Namun, Encik Pritam tidak menyetujuinya.



Beliau berkata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Encik Desmond Tan, menyatakan dalam Parlimen bahawa polis tidak dapat mencari kes serupa yang diutarakan Cik Raeesah.



"Jadi, apakah kerja yang dilakukan (polis)? Saya tidak tahu. Saya tidak menyatakan tidak ada kerja dijalankan, tentunya ada kerja yang dilakukan dan dilakukan untuk memeriksanya,'' kata Encik Pritam.



Apabila Encik Tong menyarankan polis perlu meneliti semua kes untuk membuat pemeriksaan sejak dakwaan serius itu dilakukan di Parlimen, Encik Pritam berkata:



"Saya tidak yakin saya mendengarnya dari polis. Saya tidak mendengar mana-mana bahawa mereka telah memeriksa semua kes.''



Encik Tong kemudian menanyakan Encik Singh mengapa beliau meminta maaf kepada polis semasa sidang akhbar WP pada 2 Disember lalu mengenai peletakan jawatan Cik Raeesah, Encik Pritam berkata beliau melakukannya kerana tidak ada orang yang patut dibuat demikian dan beliau juga bekerja sama dengan polis.



Encik Pritam menambah beliau meminta maaf kerana seorang wartawan menyoalnya mengenai polis.



Encik Tong kemudian menyatakan Encik Pritam mungkin meluluskan kenyataan Cik Raeesah pada 1 November, yang mengakui berbohong dan meminta maaf kepada polis.



Encik Pritam tidak bersetuju dengan kata-kata Encik Tong sambil menambah beliau tidak meluluskan kenyataan Cik Raeesah meskipun beliau berpuas hati terhadap kenyataan itu.



Beliau menambah beliau tidak pernah menyatakan beliau tidak mahu kemaafan dibuat kepada polis.



Beliau juga memberitahu Encik Tong bahawa beliau tidak harus meletakkan 'kata-kata' dalam mulutnya.



Encik Tong kemudian berkata: "Saya tidak boleh kerana kebenaran harus datang dari anda.''




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >