Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAWATAN KAMALA HARRIS KE SINGAPURA

Presiden Halimah, Naib Presiden AS Harris sahkan hubungan kukuh dua negara

Aug 24, 2021 | 05:30 AM



NAIB Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris telah bertemu Presiden Halimah Yacob di Istana semalam, dan mengadakan perbincangan yang terbuka bagi mengukuhkan hubungan kukuh yang meluas antara Singapura dengan Amerika Syarikat.



Mereka menyambut-baik peluasan kerjasama dua hala antara kedua negara bagi menangani cabaran-cabaran sejagat termasuk pandemik Covid-19 serta perubahan iklim, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura semalam.



Mengulas mengenai perbincangan itu yang diadakan pagi semalam di Istana, Presiden Halimah menyifatkannya sebagai perbincangan yang baik dan jujur.



"Kami mengesahkan kepentingan strategik Amerika di rantau Asia Pasifik, rantau ini dan bagaimana kewujudannya dapat menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan keselamatan rantau ini. Lawatan Naib Presiden Harris akan mengukuhkan lagi Pentadbiran Biden dalam Dasar Pasifik Indo," kata Presiden Halimah, dalam catatannya di media sosial semalam.



Mereka juga berbincang mengenai hubungan dua hala yang menyeluruh dan kukuh dalam bidang-bidang seperti pertahanan, kerjasama ekonomi, dan berbincang untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang keselamatan siber dan perubahan iklim.



Mengenai pandemik Covid-19, kedua negara akan terus berusaha menyokong inisiatif Covax bagi menyokong usaha serantau dan sejagat dalam menangani wabak itu.



Dalam pada itu, mereka juga berbincang mengenai usaha memperkasa wanita, satu bidang yang Puan Halimah sifatkan sebagai amat dekat dalam diri mereka berdua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >