GEDUNG perabot dan keperluan rumah Ikea Tampines bertukar menjadi bilik darjah yang menyebar ilmu tentang industri runcit mulai semalam.
Ini menyusuli kerjasama yang dimeterai antara Ikea Singapore dengan Politeknik Temasek bagi tempoh tiga tahun yang membabitkan pelajar tahun kedua dan ketiga kursus Diploma Pengurusan Runcit.