Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERUTUSAN HARI RAYA

PM puji masyarakat Islam kreatif buat penyesuaian sambut Raya

May 24, 2020 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Encik Lee Hsien Loong semalam mengucapkan Selamat Hari Raya dengan memuji masyarakat Islam kerana berjaya membuat penyesuaian dengan kreatif dan bermakna dalam menyambut hari mulia ini dalam suasana pandemik koronavirus.



Berucap menerusi segmen khas di saluran Suria dan Channel 5 Mediacorp semalam, beliau berkata masyarakat Melayu/Islam menyambut Ramadan dan Hari Raya yang sangat berbeza tahun ini ekoran Covid-19.



"Tetapi anda berjaya membuat penyesuaian dengan kreatif dan bermakna. Anda meraikan kesyahduan Syawal dan mengeratkan tali persaudaraan di samping memastikan keluarga anda selamat. Semoga anda terus ceria."



Dalam catatan di Facebook semalam, Encik Lee berkata seperti Ramadan yang berbeza kali ini, penyesuaian juga dibuat bagi sambutan Hari Raya.



"Biasanya, di pagi Hari Raya umat Islam akan ke masjid dan kemudian mereka kunjung-mengunjung ke rumah sanak-saudara. Namun, tahun ini, mereka akan mendengar laungan takbir Raya dan khutbah oleh Mufti Negara menerusi radio dan media sosial dari rumah masing-masing. Jalan Raya dibuat di alam maya. Walaupun tidak bersama secara fizikal, keluarga Muslim memanfaatkan teknologi secara kreatif untuk mengeratkan tali persaudaraan dengan ahli keluarga dan teman-teman di Hari Raya ini.



"Pandemik Covid-19 ini akan berlalu. Namun apa yang akan berkekalan adalah semangat Hari Raya dan harapan kita bersama untuk masa depan yang lebih cerah," ujar Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >