Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Isu keharmonian sosial di S'pura belum terhurai

Nur Adilah Mahbob
Jul 03, 2015 | 09:51 AM



WARGA Singapura kini lebih mempunyai semangat dan jati diri sebagai satu rakyat, tetapi ia perlu terus berwaspada terhadap garis pemisah yang boleh memecah belah kerana isu keharmonian sosial belum lagi terhurai, kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.


"Jika anda melihat seseorang di jalan raya, sama ada bangsa India, Melayu, Cina atau Serani, anda menelitinya, anda boleh mengecam beliau rakyat Singapura.


"Tetapi masalahnya belum selesai kerana satu cara dunia telah berubah dalam 50 tahun lalu adalah agama menjadi menonjol.. di dunia dan di Singapura," ujar Encik Lee.


Beliau menambah garis pemisah itu kini lebih ketara dan jika usaha tidak diambil untuk menyatu padukan rakyat, masyarakat boleh berpecah belah.


Beliau berkata demikian di sebuah dialog di pembukaan sidang SG50+ anjuran Institut Pengajian Dasar dan Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew di Universiti Nasional Singapura (NUS) malam Khamis.


Dialog di Hotel Shangri-La itu dipengerusikan Dr Fareed Zakaria, wartawan CNN dan penulis pojok akhbar The Washington Post.


Dalam sesi sekitar sejam itu, Encik Lee telah menjawab soalan yang diutarakan Dr Fareed dan peserta dialog itu.


Antara lain, Dr Fareed telah bertanya mengenai pencapaian luar biasa yang dialami Singapura.


"Keadaan di Singapura memang luar biasa... kami patut bersyukur dengannya, jika tidak setiap hari, sekurang-kurangnya setiap pilihan raya," ujar Encik Lee, disambut ketawa hadirin.


Dalam dialog itu, beliau turut menyentuh masa depan politik Singapura, proses tindakan saman terhadap fitnah di negara ini, serta ancaman pengganas. Sidang SG50+ yang diadakan 2 hingga 3 Julai merupakan sebahagian daripada sambutan SG50 anjuran NUS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >