Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee dirai pemimpin perniagaan kanan Australia

Oct 18, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah bertemu dan dijamu dalam satu jamuan makan tengah hari dengan para pemimpin perniagaan kanan Australia dari Asia Society Australia di Sydney semalam.



Beliau juga bertemu dengan wakil kanan dan zamil penyelidik Institut Lowy dalam satu perbincangan meja bulat tertutup yang dianjurkan oleh institut itu.



Ia merupakan rangka lawatan Encik Lee selama tiga hari ke Australia sejak kelmarin.



Awal dari itu, beliau dan isterinya Cik Ho Ching tiba di Canberra dari Sydney tengah hari semalam melalui pesawat B737 Tentera Udara Diraja Australia.



Beliau disambut oleh Penolong Menteri Australia kepada Perdana Menteri Encik Patrick Gorman dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi di Suruhanjaya Tinggi Singapura di Canberra Encik Harold Lee.



Ini adalah lawatan pertama PM Lee ke Australia sejak permulaan wabak Covid-19. Beliau diiringi Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Encik Gan Kim Yong.



Di Canberra, Perdana Menteri Australia, Encik Anthony Albanese, akan meraikan Encik Lee di kediaman rasmi beliau.



Kedua-dua pemimpin akan mengadakan satu mesyuarat delegasi, yang akan diikuti dengan satu sidang akhbar bersama selepas Mesyuarat Tahunan Pemimpin Singapura-Australia ke-7.



Dibentuk di bawah Rakan Kerjasama Strategik Singapura-Australia, Mesyuarat Tahunan Pemimpin ini adalah wadah utama bagi perdana menteri kedua-dua negara membincangkan kerjasama dua hala dan bertukar pandangan tentang perkembangan serantau dan global.



Anggota Parlimen (AP), Cik Foo Mee Har dan Encik Saktiandi Supaat turut serta dalam lawatan itu.



Semasa ketiadaan Encik Lee, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan bertindak sebagai Pemangku Perdana Menteri sepanjang tempoh tiga hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >