Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee bertemu Gabenor California Jerry Brown

Feb 12, 2016 | 12:43 PM



SAN FRANCISCO: Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang dalam rangka lawatan seminggu ke Amerika Syarikat, bertemu Gabenor California, Encik Jerry Brown, pada Khamis (11 Feb) di San Francisco, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan.


Dalam pertemuan itu, Encik Lee dan Encik Brown mengesahkan hubungan ekonomi yang kukuh antara Singapura dan California.


Singapura destinasi eksport ke-12 terbesar California bagi barangan pada 2013.


Encik Lee dan Encik Brown juga membincangkan perkembangan dalam negeri dan serantau, kata kenyataan itu.


PM Lee juga menekankan peri penting pelibatan berterusan Amerika di Asia dan pengesahan cepat perjanjian Perkongsian Rentas Pasifik (TPP), perjanjian perdagangan bebas yang termasuk Amerika dan empat negara Asean - Singapura, Malaysia, Vietnam dan Brunei - ditandatangani minggu lepas.


Pertemuan dengan Encik Brown sebahagian daripada jadual perjalanan Encik Lee di Amerika, yang juga akan termasuk perhentian di Sidang Puncak Pemimpin AS-Asean khas yang dihoskan oleh Presiden Barack Obama di estet Sunnylands minggu depan.


Sidang puncak itu diadakan menyusuli Sidang Puncak Asean November lalu di mana para pemimpin itu menaikkan taraf hubungan AS-Asean kepada perkongsian strategik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >