Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

UPACARA ANGKAT SUMPAH PRESIDEN

PM: Halimah jadi Presiden perkukuh ikrar peluang setara bagi watan

Sep 15, 2017 | 05:30 AM



DETIK Puan Halimah Yacob mengangkat sumpah sebagai Presiden adalah saat penting dalam sejarah Singapura kerana ia memperkukuh ikrar yang dilafazkan Encik Lee Kuan Yew sejurus selepas Singapura mencapai kemerdekaan - bahawa setiap warga Singapura berkedudukan setara, tanpa mengenal bahasa, budaya atau agamanya, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



"Apabila Encik Lee (Kuan Yew) membuat ikrar itu, kita mempunyai Ketua Negara Melayu. Presiden Yusof melambangkan, secara ketara, bahawa walau kita telah diusir dari Malaysia kerana kita adalah kota majoriti Cina, Singapura yang merdeka tidak akan menindas minoriti bukan Cina di negara ini. Kita memilih impian lebih murni - Singapura yang berbilang kaum dan agama," ujar PM Lee, dalam ucapannya di upacara angkat sumpah presiden di Istana semalam.



"Lantaran itu, kita memastikan Parlimen sentiasa diwakili oleh semua kumpulan etnik. Dan kini, kita boleh mempunyai dengan tetap Ketua Negara, lambang negara yang boleh kelihatan seperti Presiden Benjamin Sheares (kaum Serani), Presiden SR Nathan (kaum India), Presiden Tony Tan (kaum Cina) dan Presiden Halimah Yacob (kaum Melayu dan perempuan). Sesungguhnya, inilah sebab utama pemerintah meminda Perlembagaan tahun lalu," tambah beliau.



Menurut PM Lee, kisah hidup Puan Halimah juga adalah lambang aspirasi Singapura dan menggambarkan negara yang dibina berdasarkan "peluang dan harapan".



"Anda telah mengatasi cabaran sukar dalam hidup anda. Tahun-tahun awal anda berkisar tentang kesusahan dan kekurangan keperluan hidup. Namun, anda belajar dan bekerja kuat, mendapatkan pendidikan yang baik dan pekerjaan tetap untuk menyara keluarga anda.



"Selanjutnya, anda mencapai kejayaan, tetapi anda tidak pernah melupakan kemiskinan zaman kanak-kanak anda. Anda berusaha gigih membantu mereka yang memerlukannya dan membolehkan ramai yang lain dapat berjaya sebagaimana anda telah berjaya," kata PM Lee.



PM Lee juga berkata pengalaman meluas Puan Halimah dalam perkhidmatan awam telah mempersiap beliau bagi tanggungjawab baru sebagai Presiden.



"Presiden mempunyai kuasa penjagaan penting ke atas rizab negara dan pelantikan pegawai utama dalam perkhidmatan awam. Dalam melaksanakan kuasa penjagaan ini, anda perlu membuat penilaian bebas berkenaan isu di depan anda, dengan mengambil sepenuhnya kesempatan ke atas pengalaman dan nasihat Majlis Penasihat Presiden (CPA).



"Pada masa yang sama, Presiden perlu bekerjasama rapat dengan pemerintah supaya mekanisme dua kunci boleh berfungsi dengan sebaik-baiknya," kata PM Lee.



Sejak meninggalkan gerakan buruh pada awal 1990-an, Puan Halimah telah mendukung pelbagai peranan penting dalam bidang politik termasuk sebagai Menteri Negara di dua Kementerian dan Speaker Parlimen, sehingga beliau meletak jawatan baru-baru ini untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden .



Dalam pada itu, PM Lee juga mengingatkan Puan Halimah supaya bertindak tanpa berpihak kepada sebarang pihak.



"Namun, ada perbezaan penting antara menjadi Presiden dengan jawatan anda sebelum ini... anda telah berjuang dengan baik - dalam kesatuan, di bidang politik, dalam parti yang memerintah. Kini, sebagai Presiden, anda perlu bersikap tidak berpihak dan melepasi perselisihan politik.



"Presiden ialah lambang negara, jawatan tertinggi dalam negara. Sebagai Presiden, anda perlu menjadi tokoh yang menyatukan negara kita dan mewakili semua warga Singapura. Saya yakin anda akan menyesuaikan diri dengan peranan baru ini dan melaksanakannya dengan cemerlang," tambah PM Lee.




''Namun, ada perbezaan penting antara menjadi Presiden dengan jawatan anda sebelum ini... anda telah berjuang dengan baik - dalam kesatuan, di bidang politik, dalam parti yang memerintah. Kini, sebagai Presiden, anda perlu bersikap tidak berpihak dan melepasi perselisihan politik. Presiden ialah lambang negara, jawatan tertinggi dalam negara. Sebagai Presiden, anda perlu menjadi tokoh yang menyatukan negara kita dan mewakili semua warga Singapura. Saya yakin anda akan menyesuaikan diri dengan peranan baru ini dan melaksanakannya dengan cemerlang,''
- Perdana Menteri Lee Hsien Loong




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >