PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan adiknya, Encik Lee Hsien Yang, masing-masing bersetuju mendermakan, setiap seorang, separuh daripada nilai rumah bapa mereka, mendiang Encik Lee Kuan Yew, di Oxley Road kepada badan amal.
Ini diumumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tiga anak mendiang Perdana Menteri Pengasas Encik Lee - Encik Lee Hsien Loong, Dr Lee Wei Ling dan Encik Lee Hsien Yang.