ORANG ramai berpeluang menyusuri jalan kenangan Telok Blangah sambil menikmati hidangan makanan sempena Pesta Warisan Singapura yang bakal berlangsung hujung bulan ini.
Pesta di Harbourfront Centre Mall - bangunan yang menjadi saksi pembangunan pesat di kawasan sekitar Pelabuhan Singapura - bakal berlangsung selama tiga hari bermula 29 Mac ini.