Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesawat Boeing 737 MAX dibenarkan semula keluar, masuk Singapura

Sep 07, 2021 | 05:30 AM



PENGUASA Penerbangan Awam Singapura (CAAS) telah menarik balik sekatan terhadap operasi pesawat Boeing 737 MAX keluar dan masuk Singapura bermula semalam.



Sekatan terhadap pesawat itu dikenakan sejak 12 Mac 2019 berikutan dua nahas membabitkan pesawat jenis itu di Ethiopia dan Indonesia.



Seramai 346 individu terkorban dalam dua kemalangan tersebut.



Siasatan menunjukkan sistem pengendalian penerbangan pesawat itu, yang dikenali sebagai Sistem Augmentasi Sifat Pengendalian, atau 'Manoeuvring Characteristics Augmentation System' (MCAS), yang bermasalah adalah penyebab utama kedua-dua nahas tersebut, menurut The Straits Times.



Boeing telah membuat perubahan terhadap sistem dan pesawatnya itu berikutan kemalangan tersebut.



CAAS membuat keputusan menarik balik sekatan itu setelah penilaian teknikal dilakukan termasuk penilaian perubahan reka bentuk pada pesawat yang dibuat oleh Boeing itu dan yang diluluskan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) serta pihak berkuasa lain yang mengesahkan.



Sejauh ini, pihak berkuasa negara lain termasuk Canada, Australia dan New Zealand, juga sudah menarik balik sekatan terhadap pesawat tersebut.



CAAS turut menilai data operasi penerbangan pesawat tersebut sejak sembilan bulan lalu dan memerhatikan bahawa tidak ada sebarang masalah keselamatan ketara.



Namun, pengendali udara Singapura yang mahu menggunakan pesawat Boeing 737 MAX dikehendaki mengadakan program latihan kru penerbangan yang diluluskan oleh CAAS, merangkumi elemen latihan darat dan penerbangan yang ditentukan dalam latihan khas FAA bagi kru penerbangan Boeing 737 MAX.



Ini selain latihan simulator tambahan untuk memastikan juruterbang dilatih secukupnya berkaitan pengurusan beban kerja semasa menangani kecemasan pesawat.



Bagi penerbangan antarabangsa yang akan menggunakan pesawat Boeing 737 MAX untuk memasuki Singapura, CAAS berkata mereka mesti mematuhi keperluan di bawah perenggan 87A Perintah Navigasi Udara dan FAA AD 2020-24-02, serta sebarang keperluan lain penguasa penerbangan awam negara mereka masing-masing.



"Keselamatan penerbangan adalah paling penting.



"CAAS telah mengambil langkah-langkah tambahan untuk menilai, memantau dan memastikan bahawa usaha sewajarnya telah dilakukan dan pesawat Boeing 737 MAX dapat beroperasi dengan selamat sebelum menarik balik sekatan operasi pesawat tersebut masuk dan keluar Singapura," kata Ketua Pengarah CAAS, Encik Han Kok Juan.




"Keselamatan penerbangan adalah paling penting. CAAS telah mengambil langkah-langkah tambahan untuk menilai, memantau dan memastikan bahawa usaha sewajarnya telah dilakukan dan pesawat Boeing 737 MAX dapat beroperasi dengan selamat sebelum menarik balik sekatan operasi pesawat tersebut masuk dan keluar Singapura."
- Encik Han Kok Juan, Ketua Pengarah CAAS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >