Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perubahan ekon perlukan gerakan pekerja turut berubah: DPM Heng

* Kerjasama dengan syarikat secara lebih langsung * Penuhi keperluan lebih ramai pekerja secara menyeluruh * Raih sokongan luas dari pihak berkepentingan
Nov 18, 2021 | 05:30 AM



SEDANG ekonomi dan industri menjalani transformasi dipacu teknologi, gerakan pekerja juga perlu melalui perubahan untuk memberi kesan lebih besar, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.



Singapura sedang mengorak langkah memasuki fasa transformasi ekonomi yang seterusnya menerusi Perancangan Perubahan Industri (ITM) yang disegarkan dan diberi nama ITM 2025 demi merebut peluang baru dalam dunia pasca-Covid-19.



Namun, sedang ini dilakukan, Encik Heng berkata model kerjasama tiga pihak - merangkumi kesatuan, majikan dan pemerintah - juga perlu dikemaskini, dengan gerakan pekerja juga mesti berubah untuk menjadi rakan yang berkesan dalam transformasi itu.



"Kekuatan usaha kerjasama tiga pihak kita telah diuji dan diperkukuh melalui masa sukar - daripada kemelesetan ekonomi pertama kita pada 1985 hingga ke krisis kewangan Asia, krisis kewangan global dan kini Covid-19.



"Dalam evolusi kerjasama tiga pihak seterusnya, gerakan pekerja boleh mewujudkan kesan lebih besar dengan membawa kolaborasi ke tahap selanjutnya. Anda boleh menjadi rakan dalam transformasi, bekerjasama dengan majikan dan pemerintah," kata beliau.



Encik Heng berkata demikian kepada lebih 1,000 anggota kesatuan dan rakan tiga pihak dalam ucapannya di Persidangan Perwakilan Biasa (ODC) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) 2021 yang diadakan secara hibrid semalam.



Dalam ucapannya itu, Encik Heng telah membentangkan tiga bidang utama bagi transformasi gerakan pekerja - bekerjasama dengan syarikat secara lebih langsung, memenuhi keperluan lebih ramai pekerja secara menyeluruh, dan meraih sokongan luas daripada pihak berkepentingan untuk memperbaharui kompak bagi pekerja.



Sejak dua tahun lalu, NTUC telah bekerjasama dengan syarikat untuk membentuk hampir 800 Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) dalam usaha memacu transformasi perniagaan dan tenaga kerja, kata Encik Heng.



Malah, lebih 130 syarikat juga telah selesai melakukan Pelan Operasi & Teknologi (OTR) - salah satu aspek CTC untuk menggalak syarikat menggunakan teknologi.



Encik Heng memberi contoh OTR yang dilakukan Hotel Copthorne King's, termasuk mereka semula pekerjaan dan mempertingkat kemahiran kakitangan, supaya pengalaman tetamu dapat dipertingkat dan kakitangan menjadi lebih produktif.



Meskipun CTC telah mencapai kemajuan baik sejak dua tahun lalu, Encik Heng berkata keperluan untuk menjalani transformasi semakin mendesak, dan beliau menyarankan rakan tiga pihak untuk bekerjasama.



"Kita mesti mendekati lebih banyak syarikat - bekerjasama dengan mereka untuk berubah dan mewujudkan pekerjaan lebih baik, dan membantu pekerja mempertingkat kemahiran untuk menggalas peranan baru, dengan prospek dan gaji lebih baik," kata beliau.



Sedang ekonomi menjadi lebih intensif dari segi teknologi dan pekerjaan dengan keperluan kemahiran teknikal tinggi, Encik Heng turut menekankan keperluan bagi gerakan pekerja membantu lebih ramai pekerja mendapatkan pekerjaan sedemikian.



Ini selain menambahkan golongan teknisyen ke dalam rangka kerja karyawan, pengurus dan eksekutif (PME), yang bertujuan mempertingkat daya kerja golongan itu.



Encik Heng menambah bahawa gerakan pekerja juga memainkan peranan besar dalam pembangunan dan peningkatan kemahiran pekerja.



Demi memastikan kemahiran pekerja terus kekal relevan, sebuah aplikasi pembelajaran dalam talian berdasarkan langganan baru dipanggil Platform Pengalaman Pembelajaran (LXP) NTUC telah dilancarkan semalam, di mana pekerja boleh mengakses lebih 75,000 kursus.



Dalam pada itu, Encik Heng berkata gerakan pekerja harus mendekati kumpulan pihak berkepentingan yang lebih luas untuk membina pemahaman lebih baik dan sokongan bagi jenama kerjasama tiga pihak Singapura. Ini terutamanya di tengah-tengah kebimbangan global semakin meningkat tentang persaingan ekonomi dan jurang yang semakin meluas.



Dengan pendekatan itu, Encik Heng berkata gerakan pekerja akan dapat menangani dan menjelaskan isu, seperti mengapa Singapura memerlukan bakat asing dalam sesetengah sektor dan isu pertumbuhan inklusif, kepada rakyat Singapura, syarikat berbilang negara (MNC) dan syarikat yang ingin bertapak di sini.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >