SINGAPURA dan Australia membawa hubungan dua hala mereka ke tahap lebih tinggi menerusi satu rangka kerjasama baru bagi menyambut 50 tahun dalam hubungan diplomatik dua negara.
Kerjasama Strategik Menyeluruh (CSP) akan membuka laluan bagi Projek 2025, satu pelan yang akan dilaksana sepanjang 10 tahun ini bagi meningkatkan kerjasama ekonomi, ehwal luar, pertahanan, dan keselamatan serta hubungan antara rakyat kededua negara.