Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlindungan bagi pemandu kereta sewa privet, pekerja di tadika MOE di bawah Perintah Perlindungan Daripada Gangguan (Pekerja Perkhidmatan Awam)

Jul 02, 2021 | 09:00 PM



LEBIH banyak kategori pekerja akan dirangkumkan sebagai pekerja perkhidmatan awam di bawah Perintah Perlindungan Daripada Gangguan (Pekerja Perkhidmatan Awam) mulai Rabu depan.

Ini demi memberi perlindungan dipertingkat bagi pekerja tersebut daripada perbuatan penganiayaan atau gangguan semasa mereka menjalankan tugas, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam kenyataan semalam.

Antara kategori pekerja baru yang akan mendapatkan perlindungan itu ialah pemandu kereta sewa privet, pekerja di tadika Kementerian Pendidikan (MOE) dan pusat pembangunan awal kanak-kanak di bawah Skim Pengendali Utama atau Skim Pengendali Rakan Kongsi, pekerja jagaan kesihatan privet yang terlibat secara langsung dalam operasi Covid-19, dan pekerja di tempat perlindungan krisis dan rumah kebajikan.

Mulai Rabu depan, di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan (Poha), mereka yang menganiaya, mengganggu, atau melakukan doxxing terhadap pekerja tersebut semasa mereka sedang menjalankan tugas boleh dikenakan hukuman penjara lebih lama berbanding jika mangsa bukan pekerja perkhidmatan awam.

Doxxing merujuk kepada perbuatan menerbitkan butiran peribadi seseorang dalam talian dengan tujuan mengganggu, menyebabkan keganasan atau ketakutan keganasan kepada individu




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >