Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Penyedia khidmat vaksinasi diarah patuhi garis panduan: Janil

Kakitangan perlu jalani latihan, awasi garis pandu dalam usaha elak kejadian dos vaksinasi berlebihan di SNEC
Feb 25, 2021 | 05:30 AM



PENYEDIA khidmat vaksinasi telah diarah supaya mematuhi protokol apabila memberikan suntikan vaksin, selain perlu menjalani latihan bagi menyesuaikan diri dengan garis panduan, protokol dan operasi aliran kerja operasi sebelum bermulanya operasi vaksinasi.



Demikian dijelaskan Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, di Parlimen semalam.



Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Encik Yip Hon Weng (SMC Yio Chu Kang) berhubung kejadian vaksinasi terlebih dos seperti yang berlaku di Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC).



Menurut Dr Janil, Kementerian Kesihatan (MOH) menjalankan audit secara berkala bagi memastikan piawaian keselamatan dipatuhi.



Menjelaskan, beliau berkata semasa vaksinasi Covid-19 dijalankan terhadap pekerja SNEC pada 14 Januari, seorang pegawai telah diberi lima dos vaksin Pfizer-BioNTech dalam satu suntikan.



''Kesilapan itu dikenal pasti dalam masa beberapa minit. SNEC dan MOH juga telah buat pemeriksaan susulan dengan rapi bersama pegawai SNEC itu, yang kekal dalam keadaan baik dan tiada kesan sampingan atau reaksi berlebihan,'' katanya.



Dr Janil menambah MOH dan SNEC te lah mengenal pasti bahawa kesilapan itu ekoran masalah komunikasi dalam kalangan pasukan vaksinasi.



Menyusuli kejadian itu, sebagai langkah keselamatan, program vaksinasi di SNEC dihentikan dengan serta-merta.



Vaksinasi seterusnya bagi pekerja lain diteruskan di Hospital Besar Singapura (SGH).



SNEC juga tidak terlibat dalam program vaksinasi bagi kumpulan lain.



Dr Janil menambah terdapat protokol perubatan di kesemua tapak vaksinasi untuk memastikan keselamatan individu yang diberi vaksin selain menawarkan bimbingan terhadap pengurusan vaksinasi.



Arahan bertulis yang jelas tertera berhubung persediaan dan pelaksanaan vaksin.



Terdapat kawasan khas dan terasing bagi persediaan dan pelaksanaan vaksin.



Semua botol vaksin yang cair dan dan belum cair perlu dilabel dengan jelas.



Kesemua arahan ini telah dijelaskan dan digunakan sebagai bahan latihan bagi pegawai yang terlibat dalam proses vaksinasi, tambah Dr Janil.



Semasa menjawab soalan Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) bagaimana instituisi jagaan kesihatan awam (PHI) menguruskan beban kerja pekerja perubatan untuk memastikan mereka tidak bekerja berlebihan bagi mengelak kesilapan manusia yang berlaku di SNEC, Dr Janil berkata PHI telah merancang masa rehat yang dijadual dan penggiliran kakitangan.



Ini bagi memastikan para kakitangan mempunyai rehat secukupnya semasa dan di antara syif.



Untuk memastikan setiap pegawai yang terlibat dalam proses vaksinasi diberi tugasan yang dimampui, terdapat tempat khas di tapak vaksinasi bagi proses pendaftaran, pemeriksaan, vaksinasi dan pemantauan.



Kakitangan harus meninggalkan tempat mereka hanya apabila tugasan mereka selesai.



Sekiranya ada keperluan untuk beralih tugasan, perlu ada dokumentasi serta penyerahan kerja dan peranan dengan teratur dengan kakitangan lain.



Dr Janil juga menambah PHI akan terus melatih dan mengambil lebih ramai golongan profesional jagaan kesihatan agar terdapat kakitangan yang sesuai untuk memenuhi 'putaran rehat-kerja' selain permintaan khidmat.



''Saya ingin memberi keyakinan kepada anggota dewan bahawa MOH terus meletakkan kepentingan terhadap keselamatan pekerja dan pesakit dalam proses vaksinasi,'' katanya lagi.




Kesilapan itu dikenal pasti dalam masa beberapa minit. SNEC dan MOH juga telah buat pemeriksaan susulan dengan rapi bersama pegawai SNEC itu, yang kekal dalam keadaan baik dan tiada kesan sampingan atau reaksi berlebihan... saya ingin memberi keyakinan kepada anggota dewan bahawa MOH terus meletakkan kepentingan terhadap keselamatan pekerja dan pesakit dalam proses vaksinasi.''
- Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >