Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENGALAMAN PELAJAR

Penyakit tidak patahkan semangat tekun belajar

Jan 13, 2022 | 05:30 AM



PADA awalnya, pelajar Alea Hidayati Osman, 16 tahun, menyangka ia hanya sakit biasa apabila mula muntah-muntah di sekolah.



Namun selepas makan ubat dan tiada perubahan, pemeriksaan teliti di hospital mendapati bahawa pelajar Sekolah Menengah Perempuan Cedar yang ketika itu di menengah dua, mengalami ketumbuhan di tulang belakangnya.



Jika itu tidak cukup mematahkan semangatnya, anak kedua tiga beradik ini dikejutkan sekali lagi dengan berita bahawa terdapat satu lagi ketumbuhan, kali ini di bahagian otaknya pula, yang dikenali sebagai 'ependymoma', peringkat kedua.



Ia memerlukan Alea menjalani pembedahan segera kerana jika tidak ia akan menjejas penglihatannya pula.



Proses pemulihan juga tidak kurang peritnya. Beliau perlu melalui lebih daripada 20 sesi terapi radiasi.



Meski demikian, semangat kental anak muda ini tidak pernah luntur.



Beliau cuba sedaya upaya mengulangkaji segala pelajaran yang tertinggal, dengan bantuan guru sekolahnya, antaranya termasuk Cikgu Shareena Mohd Saniff.



Semalam, semasa menerima peperiksaan GCE peringkat 'O', Alea melahirkan rasa gembira selepas meraih lima gred A dan empat gred B. Antara subjek yang meraih gred A termasuk Matematik dan Biologi.



Menyingkap semula pengalaman pahit yang dilaluinya, Alea, pelajar aktif dalam pasukan trek dan balapan sekolah berkata tempoh itu memang sesuatu yang amat sukar baginya sekeluarga.



"Ibu bapa saya banyak berkorban untuk saya. Saya masih ingat apabila mengetahui tentang berita itu, saya rasa seperti kehidupan saya sudah remuk. Saya terfikir apakah kesilapan yang telah saya lakukan sehingga perlu melalui semua ini.



"Saya juga seorang pelajar yang sering melibatkan diri dalam sukan, tidak terfikir saya boleh mengalami penyakit ini," kata Alea yang bapanya seorang pemandu kereta sewa privet dan ibunya seorang guru sekolah rendah.



Ditanya apakah nasihat yang boleh diberi kepada pelajar lain yang mungkin perlu melalui masa sukar dalam kehidupan mereka, Alea, yang bercita-cita menjadi seorang pakar bedah saraf, berkata:



"Sebagai belia, memang kita ada kalanya menetapkan jangkaan yang tinggi dan mahu meraih kecemerlangan dalam apa jua yang kita lalukan. Namun kita juga manusia biasa - ada hari kita perlu berehat dan tidak mahu melakukan apa-apa.



"Kesejahteraan mental dan fizikal itu penting. Meski tidak meraih gred yang diingini, saya mula sedar bahawa gred yang diraih itu tidak mencerminkan kepribadian kita yang sebenar.



"Apa yang lebih penting ialah usaha yang kita lakukan serta kecekalan untuk mahu terus melakukan yang terbaik." - SHAHIDA SARHID




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >