Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penerbangan ujian pelbagai ruang udara bagi optimum laluan rentas wilayah

Kerjasama CAAS dengan rakan sejawatan di Thailand, Jepun dan Amerika, ia langkah besar dalam usaha urus penerbangan antarabangsa dengan lebih lancar dan kurangi pelepasan karbon
Jun 14, 2023 | 06:29 PM



Sebuah pesawat Boeing 787 berlepas dari Tokyo dan mendarat di Lapangan Terbang Changi pada malam Selasa, mempamerkan bagaimana pengawal trafik udara boleh mengoptimumkan laluannya merentas pelbagai kawasan penerbangan.

Konsep pengurusan trafik udara baru itu, yang dipanggil operasi berasaskan trajektori, membolehkan pesawat mengambil laluan yang lebih baik dan lebih pantas merentasi ruang udara yang berbeza.

Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) telah bekerjasama dengan rakan sejawatannya di Thailand, Jepun dan Amerika Syarikat untuk merancang keseluruhan perjalanan pesawat itu dalam penerbangan bagi menguji konsep tersebut.

Pada Rabu, CAAS memuji penerbangan ujian itu sebagai langkah besar dalam usaha berbilang wilayah ke arah menguruskan penerbangan antarabangsa dengan lebih lancar, dan mengurangkan pelepasan karbon dalam sektor penerbangan.

Corak operasi baru itu berpotensi mengurangkan pembakaran bahan api hingga 10 peratus, kata CAAS dalam satu kenyataan, dan memberi manfaat kepada penumpang dengan meminimumkan gangguan penerbangan serta mengurangkan masa dan kos perjalanan.

Buat masa ini, penerbangan antarabangsa diuruskan secara taktikal dan reaktif, dengan penguasa trafik udara setiap negara menyediakan perkhidmatan navigasi udara secara berasingan dan bebas, apabila pesawat bergerak dalam ruang udara masing-masing.

Dengan operasi berasaskan trajektori, keseluruhan laluan penerbangan pesawat merentasi wilayah dan negara dirancang bersama, dengan faktor-faktor seperti cuaca, penutupan ruang udara dan trafik udara diambil kira.

Penerbangan percubaan Boeing yang mendarat di Lapangan Terbang Changi pada Selasa itu dijalankan untuk menguji keupayaan yang telah dibangunkan, termasuk pertukaran maklumat penerbangan secara langsung antara darat dan udara, dan rundingan trajektori penerbangan antara beberapa penguasa trafik udara dan pesawat.

CAAS berkata ia telah – bersama Radio Aeronautik Thailand (Aerothai), Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika (FAA) dan Biro Penerbangan Awam Jepun (JCAB) – meluangkan tiga tahun bagi mengusahakan projek itu untuk menjadikan operasi berasaskan trajektori satu kenyataan.

Empat pihak berkuasa itu juga menandatangani pengisytiharan bersama dengan Boeing pada Rabu untuk mengesahkan komitmen mereka terhadap inisiatif tersebut.

Kejayaan menyelesaikan penerbangan ujian Boeing itu akan mengesahkan keupayaan teknologi yang dibangunkan dan diuji di makmal sebagai sebahagian daripada kerjasama tiga tahun itu, kata CAAS.

Penerbangan ujian itu telah memulakan perjalanan dari Seattle, di pantai barat Amerika ke Tokyo, ibu kota Jepun pada Ahad, sebelum menuju ke Singapura.

Ia berlepas ke Bangkok, ibu kota Thailand pada petang Rabu, sebelum kembali ke Seattle untuk melengkapkan perjalanan enam hari mengelilingi dunia.

Ketua Pengarah CAAS, Encik Han Kok Juan, berkata idea operasi berasaskan trajektori telah diperkatakan selama bertahun-tahun, tetapi sedikit kemajuan telah dicapai.

“Walaupun mudah dalam konsep, pelaksanaannya adalah sukar,” tambahnya.

Halangan termasuk lalu lintas padat di langit, terutamanya di ruang udara yang sesak dan di sekitar lapangan terbang yang sibuk, keadaan cuaca yang sukar diramal dan jurang dalam komunikasi dan penyelarasan antara penyedia perkhidmatan navigasi udara, serta antara pesawat dan kawalan darat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >