Di Parlimen semalam, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K. Shanmugam berkata sedang perlembagaan negara memberi jaminan kepada kebebasan beragama di sini, rakyat, pada masa yang sama, harus pastikan masyarakat daripada pelbagai agama dan kepercayaan hidup bersama secara harmoni di Singapura. Justeru, Singapura mesti melindungi negara daripada amalan dan sikap mengasingkan diri dan pemencilan yang akan menghakis perpaduan sosial kita. Ikuti laporan berikut.
LANGKAH pemerintah melarang pendakwah asing daripada memasuki Singapura menjalankan kegiatan keagamaan bukan berdasarkan insiden terpencil tetapi berdasarkan pendirian konsisten pendakwah tersebut yang bercanggah dengan nilai masyarakat berbilang agama di Singapura.