PENYANYI antarabangsa, Anggun Cipta Sasmi, mendapat sanjungan tinggi di Anugerah Planet Muzik 2015 semalam.
Kelahiran Jakarta, Indonesia, Anggun telah diberi Anugerah Rentas Planet Muzik di Suntec Singapore - satu kategori baru APM yang menyanjung artis Melayu teladan yang menembusi pasaran antarabangsa serta mencetus inspirasi kepada ramai artis lain.