Acara memperingati 200 tahun Singapura, Bicentennial Singapura ialah bagi memperingati kedatangan Sir Stamford Thomas Raffles ke Singapura pada 1819. Bagi meraikan detik bersejarah ini, Pejabat Bicentennial Singapura (SBO) telah menyajikan pelbagai acara menarik sepanjang tahun yang akan bermula minggu hadapan. ZULAIQAH ABDUL RAHIM (zulabr@sph.com.sg) berpeluang menemuramah Profesor Hadijah Rahmat yang mengongsi harapan beliau mengenai peringatan tersebut.
SAMBUTAN acara memperingati 200 tahun Singapura, Bicentennial Singapura semakin rancak dengan barisan acara yang bakal berlangsung bagi meraikan 700 tahun sejarah negara ini.