CIK Nur Quraisyah Mohsin mencabar dirinya mempelajari bahasa Mandarin agar mampu berinteraksi secara berkesan dengan sekumpulan warga senja di Pusat Kegiatan Warga Emas@ Thye Hua Kwan.
Sebagai Setiausaha Agung dan Kewangan Kehormat di Kesatuan Pelajar Politeknik Nanyang (NYPSU), beliau terlibat dalam kegiatan dua hari yang memerlukannya mengajar mereka menggunakan peralatan canggih dan berkunjung ke Resorts World Sentosa.