HARAPANNYA selepas tamat pengajian di Kolej Perubatan Tongji di Wuhan adalah agar beliau dapat membantu menjaga para jemaah ketika mereka menunaikan ibadah haji.
Menurut Encik Adam Farid Tang, beliau dapati bahawa terdapat keperluan untuk doktor menjadi sebahagian daripada misi haji dari Singapura ke Mekah di Arab Saudi setelah mendengar perkongsian daripada rakan-rakannya yang telah menunaikan haji.