Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja Melayu/Islam dibantu dapat sumber latihan, pekerjaan

Mar 02, 2022 | 05:30 AM



KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) akan bekerjasama dengan badan-badan masyarakat dan bantu diri untuk memastikan lebih ramai anggota masyarakat Melayu/Islam dapat meraih manfaat daripada sumber latihan dan pekerjaan yang disediakan di peringkat nasional, menurut Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.

Tambahnya, kepakaran dan sumber yang diperlukan akan disediakan melalui ekosistem latihan yang merangkumi NTUC Learning Hub dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja NTUC (e2i).

"Melalui ekosistem ini, usaha masyarakat Melayu/Islam untuk menjalani latihan dan meningkatkan kemahiran dapat terus dipupuk dan dipertingkat skalanya, supaya mereka dapat tetap bekerja dan berdaya saing dalam pasaran pekerjaan," ujarnya, sambil menambah pemimpin kesatuan Melayu/Islam juga akan dikerah ke bandar-bandar M Kuasa Tiga (M³) bagi mendorong tenaga kerja masyarakat dan memberikan sokongan penempatan pekerjaan.

Encik Fahmi menukil contoh kerjasama NTUC dengan badan masyarakat termasuk Memorandum Persefahaman (MOU) NTUC dan Yayasan Mendaki yang bertujuan mempertingkat keupayaan tenaga kerja Melayu/Islam melalui daya usaha peningkatan kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat, yang juga sebahagian daripada strategi utama Bidang Tumpuan 4 (FA4) M³.

"NTUC akan berganding bahu dengan masyarakat Melayu/Islam bagi menangani pelbagai keperluan dan keprihatinan masyarakat.

"Kami percaya pendekatan terbaik adalah dengan memperkasa pekerja kita dan memberikan mereka akses kepada pekerjaan yang lebih baik supaya mereka dapat meraih pendapatan dan kemahiran yang lebih baik," katanya.

Beliau menambah selain membantu individu, NTUC juga bekerjasama dengan syarikat-syarikat untuk menubuhkan Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) yang menggabungkan kesatuan sekerja dan majikan demi membangunkan pelan transformasi lebih padu di peringkat firma, termasuk memikirkan latihan yang diperlukan bagi pekerja.

Beliau berharap melalui syarikat yang menyertai CTC, lebih ramai pekerja yang dapat memanfaatkan peluang latihan dan meningkatkan kemahiran.

Dalam pada itu, Encik Fahmi berkata belanjawan yang telah dibentangkan dapat membantu semua keluarga dalam menghadapi kos hidup yang semakin meningkat sedang Singapura beralih ke arah masa depan pascapandemik.

Pada masa yang sama, Encik Fahmi menggesa anggota masyarakat menggarap peluang yang tersedia untuk memastikan kehidupan dan pendapatan mereka dan keluarga kekal stabil.

"Keluarga-keluarga kita patut merebut peluang ini untuk meneruskan usaha mencari pekerjaan stabil demi perlindungan sekarang dan masa depan.

"(Ini selain) menggalakkan suami/isteri untuk kembali bekerja demi menyara hidup keluarga dan meningkatkan keupayaan dan kemahiran untuk mempersiapkan diri untuk bekerja dalam sektor yang mengalami pertumbuhan," katanya.

Sementara itu, skim-skim bantuan yang diumumkan dalam Belanjawan bukan sekadar membantu menampung kos kehidupan keluarga, bahkan memberi peluang kepada warga untuk mengukuhkan tunggak sokongan sosial masing-masing, ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >