Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja maut selepas jatuh dari ketinggian 9.5m di Joo Koon

Sep 12, 2023 | 05:11 PM



Seorang pekerja bebas yang telah digaji untuk melakukan kerja kalis air di atas bumbung sebuah kilang maut selepas terjatuh dari ketinggian sekitar 9.5 meter.

Encik Pua Kia Kong, 48 tahun, didapati terbaring atas sebuah mesin pemotong laser selepas terjatuh melalui sebuah jendela langit atau skylight yang terletak di bumbung kilang.


Dalam laporan dikeluarkan pada Isnin, Koroner Sharmila Sripathy-Shanaz memutuskan kematian Encik Pua pada 19 Mei 2022 adalah kematian malang di tempat kerja.

Koroner Sharmila berkata, terdapat beberapa kesilapan keselamatan yang ketara di lokasi kemalangan, iaitu sebuah kilang milik Trend Technologies Singapore di 36 Joo Koon Circle.

Beliau berkata: “Tidak ada perlindungan jatuh atau langkah pencegahan di atas bumbung di mana Encik Pua dan pasukannya bekerja.

Skylight di atas bumbung tidak dikawal dan tiada tanda amaran dipaparkan untuk memberi amaran kepada kakitangan tentang permukaan yang rapuh di atas bumbung.”


Koroner Shamila menambah, bahaya tersebut mungkin dapat dikesan dan ditangani jika Vina Specialist, iaitu syarikat yang menggajikan Encik Pua, telah menjalankan penilaian risiko.

Ini termasuk melaksanakan langkah kawalan dan menyampaikan prosedur kerja yang selamat kepada pekerjanya.

Menurut laporan Koroner Shamila, kerja kalis air pada bumbung kilang telah bermula pada 18 Mei 2022 dan dijangka siap pada 29 Jun 2022.

Memandangkan bumbung kilang perlu dicuci sebelum kerja kalis air boleh dimulakan, pengarah urusan Vina Specialist, Encik Roy Loh Ngiap Meng, mengarahkan sepasukan pekerja untuk mencuci bumbung pada 18 Mei 2022.

Encik Pua tidak bekerja pada hari itu dan pekerja lain selesai mencuci bumbung pertama.

Keesokan harinya, Encik Pua dan dua pekerja lain tiba di kilang dan memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) mereka sebelum menaiki bumbung. PPE tersebut termasuk kasut keselamatan, topi keledar dan sarung tangan keselamatan.

Oleh kerana ia hujan pada hari itu, salah seorang pekerja, Encik Sarkar Mohammad Ibrahim, yang juga penyelia tapak dan penyelaras keselamatan, memberi satu taklimat keselamatan.

Beliau memberitahu Encik Pua dan pekerja ketiga, Encik Subhan Mohamed Talab, bahawa walaupun ia selamat untuk berjalan di atas bumbung, mereka tidak perlu memanjat kedua-dua bumbung jack untuk melakukan kerja-kerja mencuci yang telah ditugaskan kepada mereka.


Bumbung jack adalah titik tertinggi sesebuah bangunan dan terletak di atas bumbung utama.


Ketiga-tiga lelaki itu kemudian memanjat bumbung utama dari bumbung konkrit dan memutuskan untuk melakukan beberapa kerja persiapan sebelum berteduh daripada hujan.

Encik Ibrahim berada di atas bumbung utama di mana beliau sedang menampal kebocoran pada panel skylight yang terletak di bumbung jack. Beliau meminta Encik Pua membantunya mendapatkan tali dan pita pelekat dari bumbung konkrit di bawah.


Beberapa minit kemudian, Encik Pua kembali, mengatakan beliau tidak dapat mencari kedua-dua barang tersebut.


Encik Ibrahim meneruskan tugasnya tetapi sekitar dua hingga tiga minit kemudian, beliau terdengar jeritan yang kuat. Beliau ternampak satu lubang di salah satu panel skylight.


Selepas Encik Ibrahim meluru ke arah lubang itu, beliau melihat melalui lubang bahawa Encik Pua terbaring di atas mesin pemotong laser dan tidak bergerak.

Paramedik yang tiba kemudian mendapati Encik Pua tidak sedar diri. Beliau dikejarkan ke Hospital Besar Ng Teng Fong di mana beliau meninggal dunia lewat hari itu.

Dalam laporannya, Koroner Sharmila berkata, walaupun tiada sesiapa yang melihat Encik Pua terjatuh, tiada bukti yang menunjuk sebarang perbuatan khianat. Beliau menambah bahawa tidak ada tanda-tanda bahawa Encik Pua membunuh diri.

Koroner Sharmila berkata siasatan menunjukkan bahawa panel skylight runtuh selepas Encik Pua, yang tidak dilengkapi dengan sebarang alat perlindungan atau pencegahan jatuh, telah secara tidak sengaja memijaknya.


Antara kesilapan keselamatan, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mendapati Encik Ibrahim telah menandatangani sebahagian daripada permit yang membenarkan kerja-kerja dijalankan dari ketinggian, walaupun pada hakikatnya langkah kawalan kerja dari ketinggian belum dilaksanakan pada 18 dan 19 Mei 2022.

Pengurus permit yang diberi kuasa, Encik Loh, juga menipu dan mengisytiharkan bahawa pelbagai langkah kerja dari ketinggian telah dilaksanakan. Beliau juga telah menandatangani sebahagian daripada permit sehari lebih awal, walaupun ia sepatutnya disahkan dan ditandatangani hanya pada 19 Mei 2022.

Laporan koroner menyatakan bahawa MOM sedang mempertimbangkan tindakan penguatkuasaan terhadap pihak yang terlibat.

Koroner Sharmila berkata: “Keselamatan mesti kekal sebagai keutamaan yang tidak boleh diremehkan di tempat kerja dan kepentingan untuk menerapkan budaya keselamatan yang kukuh di tempat kerja tidak boleh dipertikaikan.


“Sememangnya, adalah perlu untuk mengekang peningkatan kematian di tempat kerja yang telah kita lihat sejak kebelakangan ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >