KELEMBAPAN pasaran kereta sejak akhir-akhir ini lebih disebabkan putaran kemelesetan ekonomi dunia yang biasanya berlaku setiap 10 tahun tetapi dalam masa yang sama mewujudkan masa terbaik bagi memiliki kereta idaman, baik baru mahupun terpakai.
Ini disebabkan harga kereta telah menjunam ekoran bekalan yang melimpah di pasaran berbanding permintaan mendatar sekarang.