Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasangan boleh daftar nikah, tempah sesi dalam talian mulai 25 Sep

Sijil pernikahan dari ROMM boleh didapati dalam talian mulai 2024
Aug 16, 2023 | 01:54 PM



Pasangan mempelai tidak lagi perlu ke Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) untuk mengesahkan dokumen pernikahan dan membuat pengakuan sumpah di hadapan kadi atau naib kadi tidak lama lagi.

Melalui wadah Our Marriage Journey (OMJ) yang dipertingkat, pasangan boleh melengkapkan proses pendaftaran pernikahan secara dalam talian melalui Singpass mulai 25 September.


Tempahan bagi sesi bersemuka (f2f) dengan kadi atau naib kadi juga boleh dilakukan dalam talian.

Buat masa sekarang, kadi atau naib kadi akan menghubungi pasangan untuk membuat janji temu bagi sesi f2f itu, yang perlu dihadiri semua pasangan Muslim yang ingin bernikah.

Pasangan yang ingin bernikah juga tidak lagi wajib menandatangani salinan sijil nikah semasa upacara akad nikah mulai 2024.

Mereka akan diberi sijil digital melalui e-mel – yang boleh dijadikan bukti pernikahan – selepas upacara pernikahan.

Namun, pasangan masih akan menerima salinan sijil nikah selepas akad nikah sebagai kenangan.

Menerusi portal yang dipertingkat itu, proses pernikahan boleh dilakukan secara dalam talian, langsung memberi kemudahan kepada pasangan mempelai dan juga kadi atau naib kadi yang terlibat, kata Pendaftar ROMM, Ustaz Nor Razak Bakar.

Menurutnya, usaha tersebut merupakan langkah ke hadapan bagi masyarakat Islam memanfaatkan pendigitalan dan mendakap teknologi baru.

“Bermula 25 September, langkah pendigitalan yang diperkenalkan ini akan menyediakan banyak kemudahan dan penjimatan masa kepada masyarakat yang berurusan dengan ROMM terutamanya pasangan dan kadi serta naib kadi,” katanya semasa ditemui media.

Ustaz Nor Razak menambah, dengan langkah mempertingkat wadah tersebut, proses pentadbiran proses pernikahan juga akan dipertingkat.

Antara perubahan yang bakal berkuat kuasa mulai 25 September termasuk dari segi proses permohonan pernikahan dengan kededua pihak kini boleh mengisi dokumen secara serentak menggunakan Singpass.

Sebelum ini, permohonan pernikahan hanya dilakukan salah seorang daripada pasangan berkenaan.

Pasangan yang layak juga boleh mengesahkan dokumen pernikahan secara dalam talian mulai 25 September.

Di bawah peraturan sedia ada, pasangan perlu membuat pengakuan berkanun (VDSD) secara fizikal di ROMM, atau menerusi pautan video bersama pegawai ROMM.

Namun, ini hanya boleh dilakukan pasangan yang menepati syarat kelayakan termasuk: jika pasangan dan wali adalah warga Singapura atau penduduk tetap; kededua pasangan berusia 21 tahun ke atas; perkahwinan pertama bagi kededua mempelai; wali merupakan bapa kandung sah dan akan hadir majlis pernikahan; serta wali mengizinkan pernikahan.

Jika syarat-syarat tersebut tidak ditepati, pasangan masih perlu mendaftar secara fizikal di ROMM.

Pasangan yang ingin mendaftarkan pernikahan di bawah ROMM juga perlu bertemu secara fizikal dengan kadi atau naib kadi yang bakal menikahkan mereka menerusi sesi f2f di bawah program Bersamamu.


Permohonan untuk bernikah hanya boleh dikemukakan selepas pasangan menerima kertas pengesahan daripada kadi atau naib kadi. – SITI AISYAH NORDIN


Mulai 25 September, pasangan boleh memilih berpandukan tarikh yang disediakan naib kadi secara dalam talian. Kadi dan naib kadi juga boleh mengesahkan berlakunya sesi tersebut secara dalam talian, tambah Ustaz Nor Razak.


Sementara itu, pernikahan pasangan akan hanya dianggap selesai selepas kadi atau naib kadi memulangkan segala dokumen yang ditandatangani ke ROMM.


Menurut naib kadi Ustaz Mohamad Faizal Mohd Wahab, proses ini memakan masa untuk kadi dan naib kadi yang perlu berulang alik ke ROMM.


“Sekarang kita perlu ulang-alik ke ROMM atau pejabat nikah sekurang-kurangnya seminggu sekali, tiga hari atau empat hari sebelum majlis pernikahan dan selepas majlis dijalankan, kita harus membawa pulang sijil-sijil yang ditandatangani pasangan, saksi dan wali ke ROMM secara fizikal,” kata Ustaz Mohamad Faizal yang telah berkhidmat selama lebih empat tahun sebagai naib kadi.


Justeru, langkah pendigitalan itu bukan sahaja menjimatkan masa pasangan, malah menjimatkan masa kadi dan naib kadi.


“Saya yakin ramai Naib Kadi mahupun pasangan akan berasakan kemudahan ini dan menyambut baik inisiatif baru ini dengan kita berubah hala tuju atau cara pekerjaan daripada fizikal kepada online,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >