PRESIDEN Tony Tan Keng Yam telah membubarkan Parlimen hari ini, memberi isyarat pilihan raya umum akan berlangsung tidak lama lagi.
Pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh tiga bulan selepas Parlimen dibubar.
Langkah seterusnya sekarang ialah bagi Presiden Tony Tan mengeluarkan Writ Pilihan Raya, yang menandakan bermulanya pilihan raya.
Tarikh Hari Penamaan Calon dan Hari Mengundi juga akan diumum.