APABILA warga Singapura keluar mengundi pada 11 September, mereka akan memilih pemerintah yang bakal memimpin negara ini serta masa depan mereka di saat negara ini berada di persimpangan perkembangannya, kata Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Lee Hsien Loong, semalam.
Oleh kerana pilihan raya pada tahun SG50 ini begitu penting, PAP akan berjuang untuk mendapatkan setiap undi, tegas Encik Lee yang juga Perdana Menteri Singapura.