Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WARGA EMAS PERLU DILINDUNGI DARIPADA VIRUS

Panduan MHPA pantau sejahtera, kesihatan warga emas di tengah Covid-19

Jun 30, 2021 | 05:30 AM



PANDEMIK Covid-19 telah mengubah dengan mendadak cara hidup kita dengan pelbagai langkah jarak selamat dilaksana oleh pemerintah demi menyekat penularan virus itu dan melindungi golongan lemah, termasuk warga emas.



Sedang langkah-langkah itu penting, kekurangan interaksi sosial boleh menjejas kesejahteraan psikologi dan kesihatan mental warga emas kita, lantas menyebabkan kesunyian dan kemurungan dalam cara hidup terasing.



Demikian menurut satu panduan nasihat bagi warga emas dalam keadaaan Covid-19 ini yang dikeluarkan oleh Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA).



Oleh itu, keluarga, teman dan anggota masyarakat boleh memainkan peranan dalam meredakan kesan pandemik Covid-19 ke atas warga emas dengan mengikut panduan yang diberi MHPA.



Apa boleh dilakukan warga emas dan penjaga mereka bagi memastikan mereka selamat semasa pandemik Covid-19?



1. Jaga kesihatan dan pastikan masalah kesihatan kronik terkawal.



- Dapatkan bantuan perubatan jika sakit



- Ambil ubat dengan tetap dan jangan terlepas janji temu doktor



- Pantau tekanan darah dan kadar gula jika anda menghidapi penyakit kencing manis atau mengalami tekanan darah tinggi



2. Dapatkan vaksinasi influenza dan pneumokokus.



- Meskipun kededua vaksinasi ini tidak mungkin melindungi anda daripada jangkitan Covid-19, ia akan mengurangkan risiko menjangkiti radang paru-paru teruk disebabkan virus dan bakteria lain, yang boleh menyebabkan anda dimasukkan ke hospital, malah kematian



3. Elak tempat sesak.



- Elak pergi ke tempat sesak seperti pasar yang penjarakan sosial mungkin sukar dilakukan



Nasihat bagi penjaga warga emas



1. Tanya khabar dan lawat ibu bapa lanjut usia/datuk nenek.



- Beri perhatian pada kesihatan mereka dengan tetap. Mereka mungkin tidak mengalami gejala biasa bagi sebarang penyakit termasuk Covid-19, kerana keadaan mereka terlalu lemah.



Bawa mereka pergi nerjumpa doktor jika mereka sakit, kerana sebarang penangguhan dalam mendapatkan rawatan boleh memudaratkan mereka



- Pastikan mereka ambil ubat yang diberi mengikut jadual



- Pantau selera, diet dan pengambilan harian mereka



- Dengan adanya langkah jarak sosial, ramai warga emas lebih terpinggir kerana ahli keluarga besar mereka tidak dapat melawat lebih tetap. Bagi warga emas bijak teknologi, tanya khabar mereka dengan kerap menerusi wadah seperti FaceTime atau WhatsApp, ia boleh mengurangkan kesunyian mereka; bagi mereka yang tidak bijak teknologi, telefon mereka dan ini boleh memberi kesan kepada mereka



2. Patuh kebersihan tangan dengan tegas dan pakai pelitup apabila melawat warga emas untuk beri bantuan, elak bersalaman dan berpelukan.



- pesakit lebih muda mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan Covid-19 dan tidak sedar mereka telah dijangkiti, individu asimptomatik ini boleh sebarkan virus kepada warga emas lemah



3. Didik pembantu rumah yang menjaga orang lanjut usia supaya disiplin dalam mematuhi kebersihan.



- banyak keluarga bergantung pada pembantu rumah untuk menjaga ibu bapa tua/datuk nenek; mereka juga harus dididik supaya menjaga kebersihan peribadi yang baik, kerap mencuci tangan dan memakai pelitup apabila memberi bantuan fizikal kepada warga emas



4. Harus maklum bahawa warga emas mungkin tiada gejala biasa penyakit Covid-19, walaupun mereka sakit



- Orang yang lebih lanjut usia mungkin tiada gejala biasa seperti demam atau batuk, sebaliknya simptom seperti kebingungan dan jatuh.



Jika orang tua anda menunjukkan simptom seperti itu bawa beliu pergi berjumpa doktor secepat mungkin




"Warga emas terus merupakan golongan lemah terhadap jangkitan Covid-19... Warga emas dinasihatkan supaya memastikan mereka meneruskan jadual vaksinasi (seperti influenza dan pneumokokus) dalam panduan itu. Nasihat ini kekal relevan hingga sekarang, dan dengan adanya vaksin Covid-19, warga emas kita harus tampil untuk mendapatkan vaksin. Memandangkan ketersediaan dan kemudahan mendapat vaksin, warga emas sebaik-baiknya harus memvaksin diri mereka."
- Dr Norhisham Main, presiden MHPA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >