Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ULANG TAHUN PERTAMA PEJABAT DIGITAL SG

Nenek guna telefon bijak belajar agama, buat bayaran

Sep 04, 2021 | 05:30 AM



JIKA segelintir warga emas sekadar menggunakan telefon bijak mereka untuk perkara asas seperti membuat panggilan atau menghantar pesanan, Cik Norjah Samdin pula memanfaatkannya untuk pelbagai tujuan.



Nenek sembilan cucu berusia 68 tahun itu menggunakannya untuk mempelajari ilmu agama, berbelanja dalam talian, melungsuri laman pemerintah dan membuat pembayaran digital.



Cik Norjah berkata beliau tidak takut menggunakan telefon bijak sebaliknya berasa ghairah untuk meraih kemahiran baru di bawah bimbingan Duta Digital dari Pejabat Digital SG (SDO).



"Saya tinggal dekat dengan Kelab Masyarakat (CC) Jurong Spring dan di sana ada Duta Digital yang boleh mengajar warga emas seperti saya tentang cara menggunakan aplikasi dalam telefon bijak.



"Mereka ajar cara menggunakan aplikasi TraceTogether dan cara melungsuri laman CPF dan HDB. Sebelum ini saya akan ke pejabat CPF dan HDB jika mahu tanyakan sesuatu, tetapi kini banyak maklumat boleh saya dapatkan dalam talian.



"Kalau ada apa-apa yang saya tidak faham, saya boleh turun sahaja ke CC dan minta Duta Digital ajarkan," katanya.



Cik Norjah berkata Duta Digital akan mengajarnya dalam cara yang mudah difahami dan sehingga beliau benar-benar tahu cara melakukannya.



Setelah belajar, beliau pulang ke rumah dan ajarkan pula kepada suaminya.



"Bagi saya, biar belajar satu persatu secara perlahan-lahan tetapi dengan teliti. Orang tua ini cepat marah kalau tak faham jadi mujur Duta Digital amat penyabar dalam mengajar kami warga emas," kata Cik Norjah,



Duta Digital, Cik Nur Shahana Esha, 23 tahun, berkata sebagai permulaan, warga emas diajar kemahiran komunikasi seperti membuat panggilan telefon dan panggilan video menggunakan WhatsApp.



Kemudian mereka boleh belajar cara mengakses perkhidmatan digital pemerintah dan bagaimana membuat pembayaran elektronik serta perbankan digital.



"Kami juga mengajar tentang keselamatan siber. Kami ajar tentang apa yang harus atau tidak harus dilakukan jika mereka menerima e-mel yang mencurigakan, atau menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali," kata Cik Nur Shahana.



Beliau menasihatkan warga emas yang keberatan belajar kemahiran digital kerana berasa takut agar datang menemui Duta Digital dengan membawa teman.



"Tidak mengapa kalau mereka membuat kesilapan, kami pasti akan membantu," kata Cik Nur Shahana sambil menambah kebanyakan warga emas dapat faham apa yang diajar dalam masa satu sesi sahaja, yang berlangsung dari 20 hingga 45 minit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >