Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ISTERI WARGA SG, SUAMI WARGA MALAYSIA KINI PR

Nasihat dari 'buddy' mampu pulihkan keluarga

Apr 22, 2021 | 05:30 AM



SETELAH menetap selama hampir lima tahun bersama suaminya, anak kelahiran Malaysia, Encik Mohammad Hafiz Atan di Johor Bahru, Cik Nurul Fai'qah Mohd Rosly memutuskan pulang ke Singapura pada 2017 supaya anak sulungnya dapat bersekolah di sekolah rendah di sini.



Namun, setelah bertahun-tahun bermastautin di luar negara, beliau berkongsi bahawa banyak perkara telah berubah dan tidak tahu mengenai pelbagai sumber dalam masyarakat yang tersedia untuk keluarganya menyesuaikan diri di sini.



Mendapat sokongan dari Perkhidmatan Masyarakat Fei Yue, pasangan ini telah mendekati seorang rakan sukarelawan yang ditugaskan untuk membantu suaminya semasa proses permohonan Pas Lawatan Jangka Panjang Plus (LTVP) serta membantunya berintegrasi ke Singapura.



Ketika itu, Cik Fai'qah berkongsi suaminya sebenarnya memegang pas pekerjaan yang akan tamat dan berniat untuk mendapatkan LTVP+ supaya dapat terus tinggal bersama keluarganya di Singapura.



"Kita sekeluarga memang duduk di Singapura tetapi apabila pas pekerjaan (suami saya) akan tamat, kita harus buat pemohonan dengan segera.



"Tetapi pada masa yang sama, agak sukar bagi kami untuk melakukannya kerana tidak pasti sangat dengan prosesnya. Banyak yang kami perlu lakukan seperti mengisi pelbagai borang dan menjalani dua kursus perkahwinan.



"Apabila saya dirujuk kepada Perkhidmatan Masyarakat Fei Yu, saya bersyukur sangat mereka telah mengenalkan kami kepada seorang rakan yang dapat membantu kita sepanjang proses ini," kata Cik Fai'qah, 28 tahun, kepada Berita Harian.



Berkongsi dengan lebih lanjut, rakan sukarelawan itu bukan hanya membantu keluarganya ketika itu saja. Malah, beliau telah menghulur bantuan ketika keluarganya hadapi masalah kewangan.



Kata ibu lima anak itu, di tengah-tengah pandemik Covid-19 di Singapura tahun lalu, beliau telah jatuh sakit dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).



Oleh itu, beliau diberhentikan kerja sebagai seorang pembersih sambilan di tadika.



Memandangkan tidak dapat menghantar anak-anaknya ke sekolah semasa tempoh itu, Encik Hafiz telah mengambil keputusan berhenti kerja sebagai seorang cef supaya dapat menjaga anak-anaknya.



"Semasa tempoh pemutus litar tahun lalu, dari segi kewangan kita memang tidak ada sebarang pendapatan. Kami hanya ada $2 saja dalam saku saya.



"Apabila mengalami masalah ini, rakan sukarelawan itu dapat memberi nasihat mengenai apa yang saya dapat lakukan untuk terus menyara keluarga saya ketika tempoh yang mencabar ini," kongsinya.



Kini, Cik Fai'qah merupakan pemilik perniagaan di rumah (HBB), BurgerJB.Dques, yang menjual burger Ramly asli sejak April tahun lalu.



Dengan keadaan semakin pulih, Encik Hafiz, 29 tahun, pula sudah mula bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa.



"Saya rasa mempunyai seorang rakan sukarelawan untuk mendengar keprihatinan dan masalah yang kita alami itu memang dihargai.



"Apa yang kita dapat lakukan, kita akan lakukan bersendirian tetapi rakan sukarelawan itu banyak membantu kita dari segi mengetengahkan huraian untuk kami bertahan semasa tempoh yang mencabar ini," ujar beliau yang kini merupakan Penduduk Tetap (PR) negara ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >