SUARANYA sebak, ada kalanya terketar-ketar, semasa menceritakan apa yang berlaku kepada anaknya di sekolah.
Kelmarin, Cik Nurhafizah Abdul Aziz, 34 tahun, dikejutkan dengan berita bahawa anaknya, Muhammad Azief Rashdyn Muhd Rashid, sembilan tahun, dikatakan telah ditampar bapa salah seorang rakan sekelasnya di hadapan guru dan rakannya yang lain.