Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Muis timbang luaskan program IB kepada madrasah lain

Feb 25, 2021 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) sedang mempertimbangkan langkah untuk meluaskan Program Diploma International Baccalaureate (IBDP) kepada madrasah sepenuh masa lain, selain Madrasah Aljunied Al-Islamiah sekarang.



Ini dinyatakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam satu jawapan bertulis di Parlimen semalam.



"IBDP diperkenalkan di Madrasah Aljunied pada 2019, sebahagian usaha untuk memberi lebih pilihan kepada pelajar prauniversiti.



"Muis sedang mempertimbangkan sama ada untuk memperluaskan IBDP kepada madrasah lain," kata Encik Masagos.



Beliau berkata demikian untuk menjawab soalan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) adakah terdapat rancangan untuk meluaskan program IBDP kepada madrasah lain.



Baru-baru ini, dilaporkan bahawa seramai 25 pelajar Madrasah Aljunied berjaya lulus dalam peperiksaan IBDP tahun lalu, meskipun ia penyertaan sulung mereka.



Keputusan mata purata yang dicapai ialah 34.8 mata, lebih tinggi daripada keputusan global 29.81 mata, setaraf keputusan purata nasional 34.83 mata.



Buat masa ini, terdapat empat madrasah - Madrasah Aljunied, Madrasah Al-Ma'arif, Madrasah Alsagoff and Madrasah Wak Tanjong - yang menawarkan program prauniversiti.



Pelajar di madrasah ini menduduki diploma Pengajian Islam Aliyah dan GCE peringkat 'A'.



"Membekalkan pemimpin agama masa depan dan cendekiawan bagi abad ke-21 akan memerlukan pelajar madrasah untuk meninjau topik keagamaan dan kontemporari, serta isu daripada perspektif lebih luas menjangkau latihan Islam yang tradisional," ujar Encik Masagos.



Madrasah di sini menyediakan pelajar dengan pelbagai sumber dan peluang untuk membekalkan mereka dengan kemahiran, ilmu dan nilai yang diperlukan untuk menjadi asatizah masa depan, kata Encik Masagos lagi.



Contohnya, Muis bekerjasama dengan madrasah untuk menerapkan teknologi dalam kelas, termasuk penggunaan buku digital dan wadah pembelajaran online bagi subjek agama.



Selain itu, rakan masyarakat seperti masjid, pertubuhan tidak mencari keuntungan dan syarikat privet juga menyediakan peluang latihan bagi pelajar madrasah.



Encik Masagos memberi contoh pelajar madrasah Aqilah Zahidah Zainal, yang menyertai Program Arkitek Muda CapitaLand, dan diberi Anugerah Arkitek Muda oleh CapitaLand pada 2017.



Pertubuhan masyarakat dan sekolah nasional juga berganding bahu dengan madrasah untuk menganjurkan projek khidmat masyarakat, kata Encik Masagos lagi.



Ini memberi peluang kepada pelajar madrasah untuk berinteraksi dengan pelajar dan anggota masyarakat lain, sekali gus memupuk nilai berbilang budaya dan agama.



"MUIS mengalu-alukan lebih banyak peluang untuk bekerjasama dengan masyarakat luas untuk melengkapkan pelajar madrasah kami dengan kecekapan dan kecenderungan yang diperlukan dalam membangun Masyarakat Berjaya.



"Kita mesti bersama-sama melabur dalam pembangunan generasi masa depan kita.



"Dedikasi dan usaha bersama kita akan membantu memupuk individu yang berkebolehan yang dapat memberi sumbangan bukan sahaja kepada masyarakat Melayu/Islam bahkan membantu membina Singapura yang makmur," kata Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >