Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELANTIKAN PRESIDEN BARU MUIS

Muis perlukan kepimpinan untuk maju dalam negara berbilang kaum, agama

Jul 31, 2021 | 05:30 AM



BIMBINGAN dan kepimpinan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) amat penting sedang masyarakat cuba menyesuaikan diri dan maju dalam negara yang berbilang agama dan kaum.



Justeru, pengalaman berdekad Editor Berita Harian (BH) Encik Saat Abdul Rahman sebagai presiden Muis yang baru dalam bidang media dan pembangunan masyarakat, dapat mengukuhkan keupayaan Majlis Tertinggi Muis.



Ini dinyatakan Presiden Halimah Yacob dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad yang mengulas mengenai pelantikan Encik Saat, menggantikan Haji Mohammad Alami Musa, yang telah berkhidmat selama 18 tahun.



"Beliau (Encik Saat) mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat dan memahami cabaran, keperluan sosioagama dan aspirasi mereka. Dengan pengalamannya yang mendalam, beliau sangat sesuai untuk memimpin Majlis itu dan menyuntik dorongan serta perspektif baru dalam tugasnya," kata Puan Halimah, yang telah meluluskan pelantikan Encik Saat mulai 7 Ogos ini.



Beliau menambah sejak ditubuhkan pada 1968, peranan Muis telah berkembang sejajar dengan keperluan dan kerumitan lebih besar bagi isu-isu yang dihadapi masyarakat Islam, bukan hanya dari faktor setempat malah di peringkat sejagat.



"Bimbingan dan kepimpinan Muis penting dalam menentukan keupayaan masyarakat untuk kekal berdaya tahan dan membuat penyesuaian serta berkembang dalam konteks berbilang agama dan sekular di Singapura. Untuk mencapainya, Muis perlu bekerja rapat dengan masyarakat di sini bagi mengatur agenda Islam, membentuk kehidupan beragama yang mendalam dan menjalin identiti Muslim Singapura,'' kata Puan Halimah, dalam catatannya di Facebook.



Dengan sokongan dan bimbingan Muis, Muslim di Singapura akan kekal sebagai masyarakat contoh yang progresif dan kukuh yang hidup harmoni dengan kaum lain serta menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran Singapura, tambah Puan Halimah.



Dalam catatan Facebooknya, Encik Masagos menambah peranan Muis akan terus berkembang bagi memenuhi keperluan masyarakat yang berubah.



"Saya percaya pengalaman berdekad Encik Saat dalam bidang media dan pembangunan masyarakat akan mengukuhkan keupayaan Majlis Tertinggi Muis.



"Ini seiring dengan usaha dan hasrat Muis untuk meningkatkan perhubungan dan jangkauannya kepada masyarakat dengan lebih baik lagi," katanya.



Kededua Presiden Halimah dan Encik Masagos turut menyampaikan penghargaan mereka kepada Haji Alami.



Menurut Puan Halimah, sepanjang tempoh kepimpinannya, Muis telah "melihat perubahan besar yang membawa manfaat kepada masyarakat."



Di bawah bimbingan Haji Alami, Encik Masagos berkata Muis berjaya memenuhi keperluan masyarakat Islam Singapura walaupun terus dicabar dengan pelbagai tuntutan yang berubah-ubah mengikut arus perubahan di Singapura dan juga dunia.



"Sumbangan beliau kepada Muis dan masyarakat tidak terbilang nilainya," ujarnya.



Encik Masagos turut menambah Haji Alami juga telah mendorong pelbagai inisiatif termasuk pembentukan Identiti Muslim Singapura, transformasi pentadbiran Muis dan sektor asatizah bagi mendokong keperluan masyarakat, serta memperkukuh hubungan Muis bersama pertubuhan berbilang agama menerusi Pusat Harmoni.



Haji Alami juga gigih memupuk usaha membina persefahaman dan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura, seiring dengan tugas beliau selaku Ketua Program Pengajian dalam Hubungan antara Agama dalam Masyarakat Majmuk di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS).




"Bimbingan dan kepimpinan Muis penting dalam menentukan keupayaan masyarakat untuk kekal berdaya tahan dan membuat penyesuaian serta berkembang dalam konteks berbilang agama dan sekular di Singapura. Untuk mencapainya, Muis perlu bekerja rapat dengan masyarakat di sini bagi mengatur agenda Islam, membentuk kehidupan beragama yang mendalam dan menjalin identiti Muslim Singapura."
- Presiden Halimah Yacob.




"Saya percaya pengalaman berdekad Encik Saat dalam bidang media dan pembangunan masyarakat akan mengukuhkan keupayaan Majlis Tertinggi Muis. Ini seiring dengan usaha dan hasrat Muis untuk meningkatkan perhubungan dan jangkauannya kepada masyarakat dengan lebih baik lagi."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >