Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Monumen mendiang Encik Lee dirasmi di Sepanyol

Nov 18, 2015 | 10:31 AM



Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, telah melancarkan monumen pertama mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew di Eropah.


Dalam satu pos Facebook pada pagi Isnin (16 Nov), Dr Balakrishnan berkata sebuah patung paras dada ke atas mendiang Encik Lee, yang meninggal dunia pada 23 Mac lalu, kini terdapat di taman Cap Roig di Catalonia, Sepanyol.


Beliau mendedahkan bahawa mendiang Encik Lee dan isterinya melawat taman itu 10 tahun lalu pada hari ulang tahun ke-82 mendiang Encik Lee, dan "menghabiskan masa yang lama mengagumi landskap menakjubkan dan tumbuh-tumbuhannya".


"Oleh itu, mungkin sesuai monumen pertama beliau di Eropah terletak di tengah-tengah taman ini di atas tebing yang menghadap Laut Mediterranean dengan airnya yang firus," tulis Dr Balakrishnan.


Beliau menambah walaupun Singapura tidak mempunyai landskap megah dan iklim sederhana sebagaimana di kawasan Catalonia, hampir segala-galanya Republik kini ada hasil wawasan manusia dan "penduduk berdisiplin dan rajin".


"Terima kasih kepada Encik Lee, Singapura hari ini diiktiraf dan dirai begitu jauh dari rumah," katanya.


Dr Balakrishnan sedang melawat Sepanyol hingga Rabu. Beliau, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak, akan juga menghadiri Kongres Sedunia Bandar Pintar Expo di Barcelona.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >