KESESAKAN teruk berlaku di Ekspreswe Seletar (SLE) menuju ke Ekspreswe Central (CTE) pagi semalam apabila minyak tumpah dan menutup sebuah lorong di ekspreswe berkenaan, kali kedua insiden serupa berlaku pada bulan ini.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengirimkan tweet pada 7.47 pagi menasihatkan pemandu mengelak ekspreswe berkenaan.