MINGGU Masyarakat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dilancarkan di HDB Hub Mall, Toa Payoh, pagi tadi.
Menteri Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HDB, Dr Cheong Koon Hean, telah merasmikan pelancaran di majlis itu sempena 50 tahun pembangunan masyarakat di estet Toa Payoh.
Dalam tahun kelimanya, Minggu Masyarakat adalah sebahagian strategi HDB untuk membina sebuah masyarakat yang bekerjasama dengan menggalak penduduk untuk menyumbang lebih daripada hanya memiliki flat sahaja.
Bertemakan 'Meraikan Kehidupan Di Kawasan Perumahan', Minggu Masyarakat HDB berlangsung dari 22 hingga 31 Mei nanti.