SEBAGAI antara pelajar awal kolej sastera liberal pertama di Singapura, Kolej Yale-NUS, Cik Ilya Katrinnada Zubaidi kerap perlu menjelaskan kepada orang ramai, termasuk ibu bapanya, tentang konsep pendidikan itu.
Setelah mendengar penjelasannya, bapa Cik Ilya, Encik Zubaidi Ramli, seorang pemandu teksi, dan ibunya, Cik Yetty Noriah Magiar, yang bekerja dengan syarikat minyak dan gas, memberi sokongan penuh mereka.