PEMIMPIN generasi keempat (4G) akan melancarkan siri perbincangan dengan warga selepas Belanjawan tahun depan, kata Menteri Kewangan Heng Swee Keat.
Sesi melibatkan pelbagai kumpulan itu akan memanfaatkan usaha mengumpul maklum balas menerusi Suara Musyawarah yang beliau pelopori pada 2013, kata Encik Heng, lapor akhbar The Straits Times.