YAYASAN Mendaki dan beberapa badan Melayu/Islam lain telah mengadakan acara makan malam sempena mengucapkan terima kasih kepada Dr Yaacob Ibrahim di atas sumbangannya sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam selama 16 tahun.
Majlis yang diadakan di Hotel Grand Hyatt di Orchard itu dihadiri para Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam dan sekitar 200 orang yang terdiri daripara pemimpin masyarakat, sukarelawan dan kakitangan Mendaki.