Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Media, wartawan tetap main peranan penting sebar maklumat

Aug 14, 2021 | 05:30 AM



WARTAWAN dan media tetap memainkan peranan penting dalam usaha menyebar maklumat kepada pihak awam, sebagaimmana yang dilihat dalam pandemik ini dan penstrukturan semula perniagaan media Singapore Press Holdings (SPH) membolehkan syarikat itu berubah dan memperuntuk sumber bagi kewartawanan yang bermutu, kata pengerusi SPH Dr Lee Boon Yang.



Dr Lee turut menekankan lagi cabaran yang dihadapi industri media disebabkan gangguan digital di serata dunia.



"Di serata dunia, bilangan pembaca dan pendapatan pertubuhan media tradisional telah merosot, sementara rangkaian media sosial dan e-dagang tampil sebagai pemain utama dalam pasaran pengiklanan.



"Berlatarkan trend ini, SPH telah memutuskan menyusun semula perniagaan media menjadi entiti yang tidak mencari keuntungan bagi memastikan ia berdaya tahan bagi jangka panjang... jika diluluskan, penyusunan semula ini akan membolehkan perniagaan media memperuntuk sumber yang betambah bagi usaha perubahan dan kewartawanan bermutu, dan untuk melabur dalam bakat dan teknologi baru bagi memperkukuh keupayaan digital," ujar Dr Lee.



Beliau berkata demikian semalam, di majlis penyampaian Biasiswa SPH dan Yayasan SPH yang dijalankan secara maya.



Seramai 34 pelajar menerima biasiswa di majlis itu yang dibahagikan kepada tiga jenis - lima Biasiswa Kewartawanan SPH; 16 Biasiswa Untuk Anak Kakitangan SPH dan Pengedar Surat Khabar dan 13 Biasiswa Peringatan Lim Kim San.



Dr Lee berkata penerima biasiswa SPH juga menandakan harapan yang baru bagi syarikat itu setelah mereka melengkapkan pengajian masing-masing.



Antara penerima Biasiswa Kewartawanan ialah Encik Luqmanul Hakim Mohamed Ismail, 21 tahun, yang kini baru sahaja mula pengajiannya di Universiti Nasional Singapura dalam jurusan Pengajian Global.



Encik Luqmanul Hakim berkata minatnya dalam kewartawanan bermula sejak beliau belajar di Maktab Rendah Tampines. Beliau sering curiga dan ingin tahu bagaimana laporan akhbar dihasilkan.



"Biasiswa ini penting bagi saya kerana ia dapat menyokong dan membantu saya memenuhi impian saya menjadi seorang wartawan.



"Saya memohon biasiswa ini kerana saya yakin tugas seorang wartawan antara khidmat yang membantu masyarakat Singapura, terutama sekali, masyarakat Melayu, menerusi cerita-cerita yang saya harap saya dapat hasilkan nanti," jelasnya yang sebelum ini telah menjalani latihan amali di SPH di pejabat akhbar The Straits Times selama enam bulan.



Seorang lagi penerima biasiswa ialah Imanina Mohamed Zalaini, 18 tahun, pelajar tahun enam di Institusi Raffles.



Beliau antara 16 penerima bagi kategori Biasiswa Untuk Anak Kakitangan SPH dan Pengedar Surat Khabar



Bercakap kepada Berita Harian, beliau berkata biasiswa ini juga sangat bermakna bagi bapanya, Encik Mohamed Zalani Abu Amin, 52 tahun, yang sudah 27 tahun bekerja di SPH di bahagian pencetakan.



"Saya berasa sukacita dan terharu kerana diberikan peluang berharga ini. Saya memohon untuk biasiswa ini juga kerana mahu meringankan beban kewangan pendidikan saya," kata beliau, seorang pelajar Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP) di sekolahnya. Beliau akan menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'A' tahun ini.




"Di serata dunia, bilangan pembaca dan pendapatan pertubuhan media tradisional telah merosot, sementara rangkaian media sosial dan e-dagang tampil sebagai pemain utama dalam pasaran pengiklanan. Berlatarkan trend ini, SPH telah memutuskan menyusun semula perniagaan media menjadi entiti yang tidak mencari keuntungan bagi memastikan ia berdaya tahan bagi jangka panjang."
- Dr Lee Boon Yang, pengerusi SPH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >