MASJID Khadijah adalah salah satu lambang keharmonian agama di kawasan Lorong 29 Geylang Serai yang turut mempunyai kuil Cina dan pelbagai badan suku kaum.
Tempat beribadah dan bangunan bersejarah ini menunjukkan kewujudan bersama secara harmoni di kalangan badan berbilang agama.