Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan AP GRC Chua Chu Kang Alvin Yeo meninggal dunia

Jul 31, 2022 | 05:30 AM



MANTAN Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Alvin Yeo, 60 tahun, yang juga peguam kanan, meninggal dunia kerana barah semalam.



Ini dimaklumkan Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang. Cik Low Yen Ling, di hantaran Facebooknya.



Kata Cik Low tentang Encik Yeo:



"Alvin adalah seperti abang saya apabila saya menyertai GRC Chua Chu Kang pada 2011. Alvin sentiasa baik hati dan memberi galakan.



"Saya selalu menantikan masa mendengar ucapan penuh pemikiran dan pengamatan bernas daripadanya di Parlimen. Contoh yang dibawanya sebagai Anggota Parlimen dan rakan sekerja yang mengambil berat akan sentiasa segar dalam hati dan minda saya."



Encik Yeo berkhidmat sebagai Anggota Parlimen antara 2006 dengan 2015, bermula dengan GRC Hong Kah (2006-2011). Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi dan Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah bagi Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang.



Syarikat guaman WongPartnership yang diasaskan bersama mendiang Encik Yeo turut memaklumkan perkara ini dalam kenyataannya.



"Alvin adalah rakan sekerja yang disayangi, pemimpin dan mentor pencetus inspirasi serta teman yang tabah dan setia. Beliau mengasaskan bersama firma ini pada 1992 dengan Wong Meng Meng, peguam kanan dan yang lain.



"Beliau menjadi Rakan Urusan pada 2002 dan selanjutnya Rakan Kanan pada 2007. Sebagai peneraju dalam bidangnya, Alvin dilantik sebagai Peguam Kanan di Mahkamah Agung Singapura pada 2000, pada usia 37 tahun, yang termuda dilantik," jelas kenyataan itu.



Menurutnya lagi, sebagai peguam pertikaian utama, Encik Yeo menerima banyak pengiktirafan termasuk Anugerah Sumbangan Cemerlang Pada Bidang Guaman daripada Chambers Asia-Pacific sebagai pengiktirafan pada tugasannya sebagai litigator.



Beliau juga adalah Peguam Singapura Terbaik Tahunan, anugerah yang diberikan Benchmark Litigation Asia-Pacific.



Pada 2021, Encik Yeo disertakan dalam Dewan Kemasyhuran oleh Legal 500.



Sebagai tanda penghormatan, firma guaman ini ditutup esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >