Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki: Tiga peringkat program bagi Wisma Geylang Serai

Jul 31, 2017 | 05:30 AM



MENTERI Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman, berkata Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) akan memainkan peranan menerajui semua program yang bakal berlangsung di Wisma Geylang Serai (WGS) apabila kawasan itu siap menjelang tahun depan.



Antara lain, Mesra akan memastikan WGS menawarkan program yang berunsurkan budaya dan warisan Melayu.



Program itu diharap dapat menyatukan masyarakat Melayu dan bukan Melayu.



Ini dinyatakan Dr Maliki semasa ditemui media di luar acara jamuan malam sempena sambutan ulang tahun Mesra yang ke-40.



Dr Maliki telah dilantik menerajui usaha Mesra membuat rancangan program sepanjang tahun bagi WGS



Menurutnya, terdapat tiga peringkat program yang akan disediakan.



"Yang pertama, kami akan anjurkan acara utama masyarakat Melayu seperti persembahan Gentarasa dan perhiasan lampu Hari Raya dan bazar Ramadan di WGS.



"Kedua, kami akan anjurkan program bersepadu yang dapat menarik masyarakat Melayu dan bukan Melayu untuk bersatu. Ini termasuk menjemput persembahan kumpulan Melayu dan bukan Melayu yang dapat mewujudkan gabungan antara Melayu dengan bukan Melayu.



"Ketiga, kami akan sediakan program kemasyarakatan. Ini akan dilakukan menerusi kerjasama dengan MAEC setempat dengan menjemput mereka mengadakan persembahan di WGS," katanya.



Selain itu WGS akan mempunyai pusat khidmat keluarga, pusat jagaan harian kanak kanak dan warga tua.



"Kami akan bekerjasma dengan rakan-rakan kami seperti Lembaga Warisan Negara (NHB), Majlis Kesenian Kebangsaan (NAC), Yayasan Warisan Melayu (MHF) dan Kelab Masyarakat Geylang Serai bagi menjayakan program yang disediakan," tambahnya.



Pada masa yang sama, pertubuhan Melayu/Islam juga akan mempunyai pejabat di WGS.



Kelab Masyarakat Geylang Serai, yang juga mempunyai ruang di WGS, akan terus menganjurkan kursus yang biasa diadakan.



"Kami juga akan gunakan WGS sebagai satu tarikan pelancong, ujarnya.



Ditanya perbezaan antara WGS dengan kampung Melayu Geylang Serai yang lama, Dr Maliki menganggap perbezaannya terletak pada sudut ia diselenggarakan.



"Kampung Melayu dulu lebih komersial. Tapi model WGS kini lebih kepada program PA dan Mesra dengan rakan-rakan kami termasuk agensi pemerintah," jawabnya.



Meskipun WGS mempunyai kedai runcit dan kedai makan, Mesra tidak akan menguruskannya.



Sebaliknya, pengurusan kemudahan sedemikian akan diselenggarakan sebuah badan berasingan yang akan dilantik kelak.



Sementara itu, semasa berucap di acara yang sama, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed, berkata WGS yang dijangka mula beroperasi tahun depan, merupakan bangunan serba baru yang boleh dibanggakan masyarakat Melayu.



"Ia bakal menonjolkan betapa kayanya warisan, budaya dan identiti Melayu kita. Saya gembira semua ciri tersebut dapat dilihat dan dipamerkan melalui seni reka bentuk bangunan tersebut," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >