MENTERI Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, kelmarin merasmikan upacara Perlantikan Pakar Tentera Kanan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang ke-10.
Dalam majlis di SAFTI Military Institute kelmarin, seramai 105 pegawai lelaki dan wanita daripada angkatan laut, udara dan darat menerima perlantikan sebagai pakar tentera kanan.