MESKI semua rancangan dan kempen mengumpul dana sepanjang bulan Ramadan terpaksa dihentikan ekoran langkah pemutus rantaian jangkitan yang dikuatkuasakan pemerintah, ini bagaimanapun tidak menghambat usaha Madrasah Aljunied Al-Islamiah daripada terus meneroka cara lain untuk mengutip derma.
Madrasah yang terletak di Victoria Lane itu telah mengusahakan satu inisiatif untuk mengadakan khidmat penjualan iftar amal sepanjang bulan Ramadan ini.