Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan perlu sedia ubah pemikiran, strategi: Zaqy

Demi tarik pekerja Singapura, bayar gaji setara pasaran
Aug 13, 2021 | 05:30 AM



MAJIKAN perlu bersedia mengubah cara pemikiran dan juga strategi mereka bagi menarik lebih ramai pekerja Singapura, terutama sekali dengan bayaran gaji yang setara dengan pasaran.



Ini akan membuka peluang pekerjaan untuk lebih ramai warga Singapura, terutama sekali mereka yang kini berkhidmat dalam ekonomi gig, untuk menyertai tenaga kerja dalam sektor berbeza secara sepenuh masa, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



Pada masa yang sama Encik Zaqy meyakinkan bahawa lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan sebaik ekonomi Singapura beransur pulih.



Beliau berkata demikian semasa dialog anjuran Berita Harian bersama pemandu teksi dan kereta sewa privet.



Semasa sesi itu, para pemandu tersebut telah mengutarakan keprihatinan serta cabaran yang mereka hadapi sebagai pekerja sektor tersebut, terutama sekali dalam keadaan pandemik sekarang.



Menurut Encik Zaqy, meskipun ada syarikat setempat yang mengadu bahawa wadah-wadah ekonomi gig seperti Grab merupakan pesaing hebat dalam usaha menarik pekerja Singapura, Encik Zaqy berkata majikan juga perlu menyesuaikan pendekatan berdasarkan keperluan warga Singapura.



"Majikan perlu mengubah pemikiran, dan membentuk strategi mereka dengan lebih baik dan pada yang sama, terbuka menerima pekerja untuk diberi latihan.



"Hakikatnya mereka perlukan pekerja Singapura. Tapi mereka perlu sedar warga Singapura tidak akan menerima pekerjaan itu jika gaji yang ditawarkan kurang menarik.



"Untuk itu majikan perlu tahu bagaimana keadaan pasaran, dan persaingan akan terus ada," katanya.



Pada masa yang sama, Encik Zaqy turut menekankan bahawa terdapat pelbagai program yang dapat membantu mereka yang ingin mengubah haluan kerjaya mereka untuk menceburi sektor yang relevan untuk masa depan.



Dialog yang diadakan secara dalam talian itu juga turut disertai Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng dan Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh Encik Saktiandi Supaat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Pengangkutan.



Encik Saktiandi, yang juga merupakan Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Kajian Forex Pasaran Global Maybank Group turut menyentuh tentang kebimbangan berkaitan pekerjaan dalam ekonomi gig yang mudah terjejas dek perubahan teknologi di masa depan.



Salah satu industri yang boleh menjejas pendapatan pemandu kereta sewa privet termasuk kenderaan berautonomi.



"Sepertimana platform untuk kereta sewa privet muncul dan menimbulkan gangguan terhadap pendapatan pemandu teksi, tentunya ada industri lain yang akan muncul di masa depan dan menimbulkan gangguan terhadap pendapatan pemandu kereta sewa privet," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >