Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahathir sedih dengan pemergian mendiang Lee walaupun bukan kawan rapat

Mar 27, 2015 | 12:16 PM



MANTAN Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad, berkata beliau berasa sedih di atas pemergian bapa pengasas Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew.


Ini meskipun beliau bukan kawan rapat dengan mantan Perdana Menteri pertama Singapura itu.


"Tidak kira betapa mesra atau tidak anda, pemergian seorang lelaki yang anda kenali benar membuat anda sedih. Saya tidak dapat katakan yang saya rakan karib Kuan Yew. Tapi saya tetap berasa sedih di atas kematiannya," kata Dr Mahathir dalam blognya.


Tun Dr Mahathir berkata, beliau telah 'bertikam lidah' banyak kali dengan mendiang Encik Lee apabila Singapura menyertai Malaysia pada 1963, tapi 'tidak pernah ada sebarang permusuhan'.


"Saya mula bertemu Kuan Yew ketika saya menjadi anggota Parlimen pada 1964 selepas Singapura menyertai Malaysua pada 1963.


"Kami bertikam lidah banyak kali semasa berbahas. Tapi tiada permusuhan, hanya perbezaan pandangan tentang apa yang baik untuk negara yang baru itu," kata Dr Mahathir.


"Beliau libatkatkan saya di kalangan ultra Melayu yang bertanggungjawab di sebalik rusuhan kaum di Singapura. Sebenarnya saya tidak pernah ke Singapura untuk timbulkan masalah.


"Orang lain yang tidak akan saya namakan yang lakukannya," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >