USAHA Cik Amanah Mustafi memerah otak untuk menulis lirik lagu tentang negara tercinta akhirnya diberi pengiktirafan di majlis pelancaran rasmi dan penganugerahan peraduan tulis lirik lagu, LiriikBaiik SG50, semalam.
Cik Amanah, 57 tahun, Penolong Naib Presiden Eaglevision MediaCorp, telah dinobatkan juara peraduan itu bagi lagu tulisannya berjudul Titik Merah.